STEPS TO BE TAKEN WHEN SUFFERING FACIAL INJURY

Facial injuries often happen to footballers. Broken nose, skin tears around the eyes and eyebrow areas, and concussion are some of the injuries that can happen on the pitch.

Here are the steps that should be taken if a player is having a facial injury and bleeding profusely.

• Step 1 – Carry the injured player off the pitch to examine the extent of an injury in detail.

• Step 2 – Remove dirt from the wound with clean water. Cold water can help constrict blood vessels and stop the bleeding.

• Step 3 – Apply pressure to the wound with a piece of cotton for 20-30 seconds. Lift it up to check if there is still bleeding. Apply vaseline cream if the bleeding has reduced.

• Step 4 – Put a few pieces of cotton and tie them firmly together to prevent them from falling apart but do not cause more pain to the player.

Regardless, a player will not be allowed to continue playing if any bone fracture is detected. The player needs to be sent to the hospital immediately for further action by doctors.

This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

LANGKAH-LANGKAH PERLU DIAMBIL APABILA MENGALAMI KECEDERAAN PADA BAHAGIAN MUKA

Kecederaan pada bahagian muka sering terjadi kepada pemain bola sepak. Patah hidung, koyak di bahagian mata dan kening serta gegaran kepala adalah salah satu kecederaan yang boleh terjadi di dalam padang.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil jika pemain mengalami kecederaan pada bahagian muka serta mengalami pendarahan yang banyak.

• Langkah 1 – Bawa keluar pemain yang tercedera untuk diperiksa kecederaan yang dialami dengan lebih teliti.

• Langkah 2 – Bersihkan luka dari kekotoran dengan air bersih. Air yang sejuk dapat membantu mengecutkan saluran darah sekaligus menghentikan pendarahan.

• Langkah 3 – Tekap luka dengan kain kapas lebih kurang 20-30 saat. Angkat kain kapas untuk memeriksa luka sama ada masih berlaku pendarahan. Sapu krim vaseline jika pendarahan mula berkurangan.

• Langkah 4 – Letak beberapa keping kain kapas dan ikat dengan kemas agar tidak tertanggal tetapi tidak menyakitkan pemain.

Walaubagaimanapun, pemain tidak akan dibenarkan bermain jika terdapat kesan tulang yang patah. Pemain perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk tindakan selanjutnya dari doktor.

Sumber informasi kesihatan ini disampaikan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor Pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114397"]