2017 FA CUP | FELDA UNITED VS JDT

 

The FA Cup second round match between Felda United and Johor Darul Ta’zim took place at the Tun Abdul Razak Stadium, Jengka on February 14th. Benjamin Mora fielded a completely different starting 11 with only two foreign players, Gabriel Guerra and Marcos Antonio, in it. The strategy bore early fruit as Gabriel Guerra scored in the 12th minute with an effort that confused the home side’s defence and goalkeeper. The game became more open with both sides exchanging attacks but no additional goal was scored at the end of the first half.

The second half began excitingly with the Southern Tigers creating several dangerous chances, forcing the hosts to defend despite needing to find an equalising goal. Felda United almost drew level in the 62nd minute but the goal was chalked off due to offside. Mora made several second-half changes by bringing on Gonzalo Cabrera, Shakir Shaari and Hasbullah Abu Bakar for Hazwan Bakri, Nazmi Faiz and Afiq Fazail. A beautiful move from Mahali Jasuli set up Cabrera to score an excellent goal in the 79th minute to make it 2-0. The final whistle was eventually blown by referee Zulkifli Ahmad to JDT’s delight as they progressed to the next round. Luaskan Kuasamu Johor.

Visit our gallery to check out some of the exciting pictures taken during the match. pictures taken during the match.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

PIALA FA 2017 | FELDA UNITED VS JDT

Perlawanan pusingan kedua Piala FA 2017 antara Felda United dan Johor Darul Ta’zim telah berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 14hb Februari. Benjamin Mora membariskan kesebelasan utama yang cukup berbeza kali ini dengan hanya meletakkan hanya dua pemain import iaitu Gabriel Guerra dan Marcos Antonio. Percaturan tersebut berjaya membuahkan hasil awal apabila Gabriel Guerra berjaya menjaringkan gol pada minit ke-12 setelah rembatan leretnya mengelirukan pertahanan dan juga penjaga gol tuan rumah. Permainan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada sebarang jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi babak kedua semakin menarik apabila beberapa percubaan berbahaya skuad Harimau Selatan membuatkan pasukan tuan rumah terpaksa lebih bertahan meskipun perlu mencari gol penyamaan. Felda United hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-62 namun gol jaringan mereka dibatalkan kerana penjaga garisan telah terlebih dahulu mengesan ‘offside’ dilakukan. Mora mengubah strategi babak kedua dengan memasukkan Gonzalo Cabrera, Shakir Shaari dan Hasbullah Abu Bakar untuk menggantikan Hazwan Bakri, Nazmi Faiz dan Afiq Fazail. Gerakan cantik Mahali Jasuli memberikan ruang buat Cabrera menjaringkan gol menarik pada minit ke-79 menjadikan kedudukan 2-0. Wisel penamat dari pengadil, Zulkifli Ahmad memberikan kegembiraan buat JDT sekaligus layak ke pusingan berikutnya. Luaskan Kuasamu Johor.

 

RELATED