AARON REUNITES WITH INSA BROTHERS AFTER BEING TOGETHER AT VALENCIA

Johor Darul Ta’zim FC’s new signing Aaron Niguez is currently adapting to new surroundings in Johor Bahru, but one thing he is already accustomed to are the Insa brothers, Natxo and Kiko.

The trio were part of the Valencia academy in the early 2000s. They left their families during their teenage years to live and train together at Valencia.

Kiko left Valencia to join Real Madrid’s academy after three years while Aaron and Natxo stayed on at Valencia, going on to play for the senior team before parting ways. Interestingly, Natxo and Aaron both made their senior team debuts on the same UEFA Champions League night against AS Roma in 2006.

Natxo, Kiko and Aaron now have the chance to renew their friendship and play together once again. Natxo and Kiko have taken it upon themselves to help Aaron settle down at JDT.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

AARON KEMBALI BERSAMA ADIK-BERADIK INSA SEPERTI SEBELUM INI DI VALENCIA

Pemain yang baru ditandatangani oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aaron Niguez kini sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di Johor Bahru, tetapi satu perkara yang sudah biasa buat beliau adalah kehadiran adik-beradik Insa, Natxo dan Kiko.

Ketiga-tiga mereka merupakan sebahagian daripada akademi Valencia pada awal tahun 2000. Mereka telah meninggalkan keluarga mereka sewaktu remaja untuk menjalani kehidupan dan latihan bersama di Valencia.

Kiko meninggalkan Valencia untuk menyertai akademi Real Madrid selepas tiga tahun manakala Aaron dan Natxo kekal di Valencia, kemudian bermain untuk pasukan senior sebelum berpisah. Menariknya, Natxo dan Aaron membuat kemunculan pertama mereka untuk pasukan senior pada malam yang sama iaitu dalam pertandingan Liga Juara-Juara menentang AS Roma pada 2006.

Natxo, Kiko dan Aaron kini berpeluang untuk mengeratkan lagi persahabatan mereka dan kembali beraksi bersama sekali lagi. Natxo dan Kiko turut mengambil tanggungjawab untuk membantu Aaron menyesuaikan diri di JDT.

[related_post themes="flat" id="115033"]