AIR MATA KASHIMA SI JUARA BERTAHAN TUMPAH DI BUMI JAUHAR

Bagai gempa bumi tujahan mega lautan pasifik, musnah total reaktor langguk dan juga egosentrik, “Joy of Larkin” berubah menjadi naratif yang begitu perit, derita sang juara hipotermia akibat terhimpit. 

Datang mereka lagak umpama tentera Yamashita sembilan belas empat puluh satu, menjajah empayar Harimau Selatan kononnya jadi satu-satunyaaspirasi nawaitu, namun segalanya hanya sekelumit angan yang tak sudah, pengakhirannya mereka pula yang dipaksa mengalah.

“Memorabilia indah Larkin”

Sebermula perlawanan dimulakan, kesateria Harimau Selatan turun dengan penuh kesungguhan, reputasi juara bertahan Asia sebelah mata pun tidak mereka hiraukan, hanya maruah dan digniti jadi perkara keutamaan. 

Malam itu, dengan mata kepala kita sendiri lihat bagaimana semangat pemain JDT begitu jitu, hingga adakala membuat pemain Kashima resah meracau tidak menentu, kiri kanan kubu lawan Harimau Selatan infiltrasi, intimidasi Kashima hingga empat puluh lima minit pucat lesi. 

“Memersekusi sembilan puluh minit”

Sejurus sahaja separuh masa kedua bermula, efikasi diri sebelas pejuang Jauhar masih sempurna tiada cacat cela. Rencana taktikal, multidisplin dan fokus mereka adaptasi, meruntuhkan ego juara Asia itu jadi visi, misi juga proposisi.

Dalam masa yang sama, penyokong setia tidak jemu untuk berterusan memanjatkan doa, masih kekal optimistik bahawa hari ini Jauhar akan meluaskan kuasa.

“Jaringan kualitatif Syafiq” 

Saat itu akhirnya tiba juga, pada minit enam puluh lapan umpama bedilan ‘Lela Rentaka’ gawang lawan Syafiq Ahmad berjaya bocorkan, jaringan cantik mengakibatkan Kashima gelisah tidak keruan, manakala di satu sudut si pembenci termenung seketika seakan tidak percaya, bahawa Harimau Selatan telah mendahului dengan bergaya.

Selepas itu, semarak semangat pemain Harimau Selatan mahu mencipta kontigensi, semakin rancak aksi diterjemahkan dalam kokurensi, hingga genap sembilan puluh minit dan ditambah sedikit masa waktu kecederaan, akhirnya sejarah baru berjaya kita ukirkan!

“Malam ini kita yang punya”

Kita menang! Kita menang menentang kelab Jepun yang bukan calang-calang! Tiga mata ini umpama mendapat berlian “Gunung Cahaya” dari Persia, bagai air terjun Guaira, laju air mata pemain Kashima tidak percaya.

Ternyata, penyertaan JDT di ACL pula bukan sia-sia, ternyata kelab elit Asia ini hanya indah khabar dari rupa! Tiada apa yang istimewa seperti dicanangkan, boleh dikalahkan, tidak mustahil untuk diperkotak-katikkan.

Selain itu juga beberapa perkara jelas dapat diterjemahkan. Tiga perkara yang begitu menarik perhatian.

Pertama, bulan Ramadhan bukan penghalang, untuk mencapai suatu keputusan yang cemerlang, bulan mulia ini bukan faktor untuk Harimau Selatan evasif, bukan alasan untuk menjadi lesu dan juga pasif. 

Kedua, pada malam itu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berjaya membuktikan, bahawa keupayaan mencapai impian dapat direalisasikan jika mengikut aturan, tanpa memerlukan manifesto mitasi tujuh petala langit, lihatlah, dalam diam Harimau Selatan terlepas dalam kubikel pemikiran sempit.

Ketiga, malam itu juga memberi kesimpulan, bahawa JDT boleh memberi saingan, JDT bukan kelab yang mudah untuk ditewaskan, bukan hadir menyerah nasib menelan menanti kekalahan.

Dari itu, bukalah mata wahai pengurusan bola sepak pasukan-pasukan dalam Malaya, segera bangkit korektif segala kekurangan dengan swadaya! Macam zarah “Tachyon” JDT laju dari cahaya, jangan sampai perbezaan kita jauh macam bumi dan planet Haumea. 

Jangan malu untuk mengakui kebenaran, kisah kebangkitan ini dengan ikhlas dan rela kami kongsikan. Sama-sama kita raikan, dalam satu payung intergrasi juga perpaduan. Padam warna hitam yang ada dalam hati, putihkan nurani supaya aspirasi tidak mati.

Akhir kalam, kemenangan ini juga hasil dari kuatnya rasa percaya DYAM Tunku Mahkota Johor kepada keseluruhan pemain juga pengurusan. Segala motivasi dari baginda berjaya menjulang jati diri setiap mereka untuk mencapai kejayaan. DYAM Tunku Mahkota Johor menginterpretasikan bukan mustahil mencapai bintang dan bulan, asalkan wujud usaha yang ikhlas untuk mengimplementasikan arah tujuan.

Membawa kekalahan pulang dari Larkin adalah situasi biasa, maka jangan terlalu bersedih Sang Juara Kashima! 

“Kita harus sedar, kita bertuah untuk bersaing di Liga Juara-juara AFC (ACL), kerana pentas ini begitu prestij. Saya mahu pemain berasa bersyukur kerana mereka berada dan bersaing di peringkat tertinggi di Asia. Cubalah buat sebaik yang mungkin. Sudah tentu kita mahu menang, tetapi yang paling mustahak saya mahu pemain sedar bahawa ini adalah peluang untuk bersinar dan beraksi sebaik mungkin untuk menarik pemerhati bolasepak Asia dan mencipta nama mereka sendiri”. – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="119136"]