AKADEMI BOLA SEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Pembinaan Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan dibuka di Kulaijaya di lokasi berhampiran Johor Premium Outlet (JPO) bakal meletakkan JDT satu lagi langkah ke hadapan dengan adanya pusat akademi bola sepak sendiri. Projek pembinaan pusat akademi tersebut yang bertujuan untuk mencungkil dan menggilap bakat para pemain untuk jangka panjang akan mula dilaksanakan beberapa hari lagi. Projek akademi bola sepak seluas 40 hektar ini adalah salah satu daripada ilham DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang mahukan pembangunan bola sepak negeri Johor dimulakan dari peringkat akar umbi. Luaskan Kuasamu Johor!

Hidup Johor Demi Johor
‪#‎UniteAsJohorean‬

[related_post themes="flat" id="65253"]