ALL JDT PLAYERS ARE RESPONSIBLE ENOUGH AND READY TO PLAY AT ANY TIME

 

Playing at the away ground in the AFC Cup is not something easy. The first challenge for us was the quality of the pitch and the difference in the rather hot weather. To be the best football team in Southeast Asia, we have to be smart in controlling the game play and use strategies such as choosing players who rarely play as the first eleven. They had played well and successfully won the match last night. I assume we are already ready to qualify for the next round.

There is no definitions such as ‘team A’ and ‘team B’ in JDT because every player is committed to the club. Each player we have now have shown that they are very committed. It was proven when Mahali and Safawi were able to play as strikers in last night’s match because we don’t have strikers since both strikers (Brian and Hazwan) were injured. All JDT players are responsible enough and a hundred percent ready to play at any time.

Benjamin Mora, Head Coach of Johor Darul Ta’zim FC

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

KESEMUA PEMAIN JDT ADALAH CUKUP BERTANGGUNGJAWAB DAN SEDIA DITURUNKAN PADA BILA-BILA MASA

Bermain di tempat lawan dalam saingan Piala AFC bukanlah sesuatu yang mudah. Masalah pertama bagi kami adalah kualiti padang dan perbezaan cuaca yang agak panas. Untuk menjadi pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara, kami perlu bijak mengawal corak permainan dan menggunakan strategi seperti menurunkan pemain yang jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama. Mereka telah bermain dengan baik dan berjaya memenangi perlawanan malam tadi. Saya beranggapan bahawa kami telah bersedia untuk layak ke peringkat seterusnya.

Tiada istilah ‘team A’ atau ‘team B’ di dalam pasukan JDT kerana semua pemain komited terhadap kelab. Setiap pemain yang kami miliki kini telah membuktikan bahawa mereka sangat komited. Itu terbukti apabila Mahali dan Safawi mampu bermain sebagai penyerang pada perlawanan malam tadi kerana kami ketiadaan penyerang disebabkan kedua-dua penyerang (Brian dan Hazwan) sedang mengalami kecederaan. Kesemua pemain JDT cukup bertanggungjawab dan sentiasa bersedia seratus peratus untuk diturunkan pada bila-bila masa.

Benjamin Mora, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="97132"]