ANNYEONG HASEYO GYEONGNAM FC!

Keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melayani kunjungan Gyeongnam FC ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada malam ini. 

Wakil dari Republik Korea ini adalah naib juara K-League 1 musim 2018. Seperti JDT, kelab yang berpengkalan di Changwon, Republik Korea ini layak secara automatik ke peringkat kumpulan malah merupakan pendatang baru dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL).

1. FOKUS

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan E, kelab ini telah berjaya mengikat Shandong Luneng Taisan FC, kelab gergasi Chinese Super League di gelanggang sendiri dengan keputusan 2-2. Namun perkara itu tidak menghakis semangat barisan jurulatih dan pemain Harimau Selatan untuk membuat kejutan lantas mengutip tiga mata berharga pada malam ini.

2. YAKIN

Sekembalinya JDT dari Jepun tempoh hari, barisan kejurulatihan fokus menambah baik segala operasional strategi juga taktikal. Para pemain pula dilihat tidak sabar merealisasikan aspirasi tiga mata penuh dan memburu kemenangan pertama di halaman sendiri. Suasana harmoni setiap sesi latihan juga jelas menunjukkan bahawa keseluruhan kem Harimau Selatan berada pada situasi tidak tertekan malah yakin untuk beraksi dengan baik dalam mengimplementasikan misi mustahil menjadi misi yang tidak mustahil.

3. POSITIF

Pada perlawanan hari ini, JDT tidak terlampau memandang tinggi dan terlalu hormat kepada pasukan pelawat. Perkara ini telah terbukti ketika perlawanan pertama di Kota Kashima, Jepun apabila sikap optimis menjadi elemen utama dalam memberi saingan. Maka dengan itu, segala impresionistik atau tanggapan yang negatif perlu disingkirkan. Pada situasi terkini, secara realistiknya JDT mempunyai lebih kelebihan berbanding kelab tersebut. 

4. SOKONGAN PADU

Beraksi di halaman sendiri dan dihadapan ribuan penyokong Merah Biru menyerlah keterampilan Harimau Selatan. Sokongan padu penyokong menjadi pendorong merealisasikan matlamat. Ia juga menjadi faktor utama dalam menambah tahap efikasi diri seluruh pengurusan , jurulatih dan pemain bila mana berdepan kelab-kelab hebat Asia ini. 

Penyokong pula perlu memperkasakan rasa percaya kepada pasukan. Jangan terlalu menghiraukan delusi negatif atau kata-kata toksid yang meracuni keyakinan diri. Sokonglah dengan sehabis baik, dan jangan ragu-ragu.

Akhir kata, sebuah impian akan menjadi kenyataan bukan kerana keajaiban, tetapi kerana usaha dan keyakinan diri. Maka dengan kesedaran itu, seluruh keluarga ini perlu saling menyokong dalam menjadikan impian kepada matlamat pada malam ini. 

Berjuanglah Merah Biruku! Jangan gusar, para penyokong akan sentiasa mengiringi pejuangan Harimau Selatan sepanjang 90 minit perlawanan.

Johor! Jangan ragu-ragu cinta kami sayang! 

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="117856"]