APA KHABAR HARIMAU SELATAN?

“Untuk mencapai sesuatu dalam hidup ini, anda perlu sedar tiada sesiapa yang akan muncul menyelamatkan anda. Hidup ini hanyalah 100% tanggungjawab anda sendiri. Sentiasa perjuangkan apa yang anda percayakan”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Putera sulungpenyambung legasi takhta Kesultanan Johor, sejak kecil sudah ditiup satu aura dalam kepimpinan, keyakinan diri paksi utama eksistensi empayar Harimau Selatan. Harimau yang lena di kasur tiba-tiba Tunku kejutkan, pencetus kebangkitan lalu termanifestasi pemburu kejayaan. Segala inspirasi segera Tunku visualkan, maka segala mimpi kini semua telah menjadi kenyataan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.”

Tunku bina empayar ini dengan bertunjangkan tali persaudaraan dalam struktural. Rantaian yang kekal sentiasa bercambah progresif juga optimal. Nama JDT sentiasa di siul umpama satu ritma dalam muzikal. Naratif cerita jadi proposisi dan hipotetikal.

Dalam perjalanan Harimau Selatan, Tunku dihujani dengan kritikan juga cemuhan. Segala perkara yang Tunku katakan, mereka anggap Tunku terlalu leka berangan. Kejuaraan AFC, slot ACL dahulu semua ini bersungguh mereka kata perkara mustahil, tetapi dengan mudah Tunku buktikan bahawa mereka sememangnya jahil. Akhirnya, kejayaan demi kejayaan telah berjaya Tunku realisasikan, lalu kini kita menjadi ikon modul ikutan.

“Penyokong paling utama”

Dalam era pascakebangkitan Harimau Selatan, kehendak penyokong Tunku utamakan, Tunku merasakan bahawa penyokong juga menjadi elemen penting dalam perjalanan. Elemen yang menjadi indikator kekuatan setiap kali kokurensi, menjadi alteratif berkesan buat pemain ketika bergelut dengan prestasi.

Biarpun penyokong Harimau Selatan tidak hebat seperti ekor yang sering jadi sebutan. Sekadar komuniti kecil tapi sentiasa konsisten hadir setiap kali waktu perlawanan. Umpama tiga puluh gigi karnivora kelihatan semasa ngauman, sentiasa menjadi igauan membuat musuh paranoia ketakutan, tanpa prejudis setiap kali memberi sokongan, sentiasa bersama walau berdepan dengan kekalahan.

Tunku sering merasa terharu dan bangga, bila melihat penyokong tidak pernah mengeluh setiap kali kalah walau poket kosong habis dibelanja. Biar beribu batu jauh mereka mengikuti Harimau Selatan mengembara, tidak sekalipun mereka menyesal resah gelisah mengadu domba.

“Musim baharu”

Musim baharu dua ribu sembilan belas hampir benar mahu bermula. Kurang satu bulan Tunku dan kita bakal bertemu semula. Bila terdengar riuh berkicauan bunyi murai di alam maya, itu petanda bahawa sorakan Larkin akan kembali mengegar satu Malaya.

Akhir kalam, pada sebelas haribulan satu Harimau Selatan akan bangkit dari hibernasi, seluruh keluarga JDT akan kembali reunifikasi, seluruh jentera sudah tidak sabar untuk beraksi, wakil kota singa kelak bakal dijadikan tikus makmal eksperimentasi.

Pada malam itu, sudah pasti semangat kita sehebat gunung berapi tambora, letusannya bakal membuat tetamu kita merasa sengsara. Segenap sudut rumah kita pastikan padat tiada ruang, supaya ngauman lantang mengiringi pejuang semasa berjuang.

Ayuh! Kita raikan pertemuan semula!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

 

[related_post themes="flat" id="115042"]