BELGIUM’S DOUBLE PASS ANALYSES JDT STRUCTURE IN COMPARISON TO ELITE CLUBS WORLDWIDE

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) received a visit by Double Pass delegates from Belgium, who will benchmark standards at JDT against elite clubs to enable the Southern Tigers to further meet international standards, inline with HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor’s aspirations.

The delegation comprising Head of Product & Founder Prof. Dr. Jo van Hoecke and Senior Football Consultant Ariel Jacobs visited JDT facilities and will analyse JDT’s structure in all aspects – from academy to senior team and management.

Double Pass is an international reference for benchmarking standards and talent development in sports and football. Double Pass has worked with almost 700 professional clubs from the Premier League, J.League, U.S. Soccer, Bundesliga and many more.

Van Hoecke is a Sports Management Professor at University of Brussels while Jacobs has had several prominent roles in Belgian football, including Belgium FA Youth Academy Director, Belgium Youth Coach (Under-14 to Under-23 age groups), Belgium National Team Assistant Coach, Head Coach of several Belgian clubs and KRC Genk Technical Director. Belgium are currently ranked No. 1 in the FIFA World Rankings. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DOUBLE PASS DARI BELGIUM LAKUKAN ANALISIS STRUKTUR JDT UNTUK PERBANDINGAN DENGAN KELAB-KELAB ELIT ANTARABANGSA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kunjungan dari delegasi Double Pass dari Belgium, yang akan meletakkan penanda aras di JDT dan membandingkannya dengan kelab-kelab elit dalam memastikan Harimau Selatan memenuhi piawaian antarabangsa, sejajar dengan impian DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Delegasi yang terdiri daripada Ketua Produk & Pengasas, Prof. Dr. Jo van Hoecke dan Perunding Kanan Bola Sepak, Ariel Jacobs telah meninjau kemudahan fasiliti yang terdapat di JDT dan akan mengkaji struktur JDT dalam segala aspek – dari akademi sehingga pasukan senior dan pengurusan.

Double Pass merupakan rujukan antarabangsa berkenaan perbandingan penanda aras dan pembangunan bakat dalam sukan dan bola sepak. Double Pass telah bekerjasama dengan hampir 700 kelab profesional dari Premier League, J.League, U.S. Soccer, Bundesliga serta banyak lagi.

Van Hoecke merupakan Profesor Pengurusan Sukan di University of Brussels manakala Jacobs telah memainkan beberapa peranan penting dalam bola sepak Belgium, termasuklah selaku Pengarah Akademi Belia Belgium FA, Jurulatih Belia Belgium (kategori Bawah-14 hingga Bawah-23), Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan Belgium, Ketua Jurulatih beberapa kelab di Belgium dan Pengarah Teknikal KRC Genk. Belgium kini berada di kedudukan pertama dalam ranking dunia FIFA. Luaskan Kuasamu Johor.