BURIRAM PRESIDENT WISHES DIOGO LUIS SANTO WELL AND PRAISES PROFESSIONALISM

Johor Darul Ta’zim FC recently signed new foreign player Diogo Luis Santo. The former striker of the Thailand League champions Buriram United had haboured intentions of finding a new club since the start of 2018. According to Buriram owner and president, Newin Chidchob, the decision was not a hasty one and they were aware about it from before.

Diogo met the president early in the 2018 season and expressed his desire to consider a move should he receive good offers at the end of the 2018 campaign. Newin also praised Diogo’s professionalism for informing the club early, giving them one year to find a replacement. Diogo continued putting out good performances for the club throughout 2018.

Full Article: https://www.goal.com/en-my/news/buriram-president-wishes-diogo-well-praises-professionalism/ngslsh0a7ks11fk8rslz5ln5t

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PRESIDEN BURIRAM MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN MEMUJI SIKAP PROFESIONAL DIOGO LUIS SANTO

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini telah menandatangani pemain luar negara baharu kelahiran Brazil iaitu Diogo Luis Santo. Hasrat bekas penyerang Juara Liga Thailand, Buriram United ini untuk berhijrah ke kelab baharu berkisar sejak dari awal 2018 lagi. Menurut presiden dan pemilik kelab Buriram United, Newin Chidchob keputusan tersebut bukan dilakukan secara terburu-buru tetapi telah diketahui dari awal lagi.

Pada awal musim 2018, Diogo telah berjumpa beliau dan menyatakan hasrat untuk mempertimbangkan jika menerima tawaran dan peluang yang baik di penghujung 2018 nanti. Beliau turut memuji sikap profesional Diogo kerana memaklumkan kepada kelab terlebih dahulu untuk kelab membuat persediaan mencari pengganti dalam masa setahun itu. Sepanjang musim 2018, Diogo terus mempamerkan permainan yang baik untuk kelab.

Artikel penuh :
https://www.goal.com/en-my/news/buriram-president-wishes-diogo-well-praises-professionalism/ngslsh0a7ks11fk8rslz5ln5t

[related_post themes="flat" id="114982"]