CHARACTER BUILDING AT JDT ACADEMY

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) recognises the need to make footballers better human beings as it is not just what transpires on the pitch that matters, but how a footballer carries themselves off the pitch plays a role in their development too.

Character is an important factor in the lives of many and footballers are not excluded. Such has been the belief of JDT ‘Boss’ HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. The Crown Prince of Johor has met countless of key men in the footballing world ranging from decisions makers, top coaches to world-class players of the past and present, and there were many ideas exchanged – including what makes a successful football club.

Back at the JDT Academy, the goal is to develop and educate people who could become top professionals with great character. Apart from the football training, the JDT Academy is focussed on instilling values and healthy habits such as discipline, dietary, mental toughness and so on.

Education is also emphasised as the academy trainees are sent to school and go for extra classes together, all with an aim that the players will mature and also build a closer bond. JDT’s main goal is to provide trainees with all the requirements needed to perform successfully at the highest level possible.

Influences from Borussia Dortmund and Valencia have also been adopted through partnerships to ensure JDT have a sound development programme. The results are already showing. The Under-15 and Under-18 sides emerged winners at the 2018 Malaysian Schools Sports Council (MSSM) Football Tournament. The Under-12s reached the quarter-finals while the Under-13 side won the 2018 JSSL International Professional 7’s in Singapore.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PEMBINAAN KARAKTER DI AKADEMI JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui keperluan untuk seorang pemain bola sepak menjadi individu lebih baik bukan sahaja melibatkan apa yang dipelajari di dalam padang, tetapi juga bagaimana pemain bola sepak tersebut membawa diri di luar padang turut memainkan peranan dalam pembangunan mereka.

Karakter adalah faktor penting dalam kehidupan ramai dan pemain bola sepak juga tidak terkecuali. Itulah yang menjadi kepercayaan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor telah bertemu ramai individu penting dalam dunia bola sepak dari pembuat keputusan, jurulatih-jurulatih terbaik hinggalah ke pemain-pemain bertaraf dunia masa lalu dan sekarang, dan terdapat begitu banyak perkongsian idea – termasuk apa yang membuatkan sesebuah kelab bola sepak itu berjaya.

Di Akademi JDT, matlamatnya adalah untuk membangunkan dan mendidik pemain yang boleh menjadi pemain profesional terbaik dengan karakter yang hebat. Selain daripada menjalani latihan bola sepak, Akademi JDT meletakkan fokus dalam memupuk nilai-nilai dan tabiat yang sihat seperti disiplin, pemakanan, ketahanan mental dan sebagainya.

Pendidikan juga diberi penekanan dimana pelatih akademi dihantar ke sekolah dan ke kelas tambahan bersama-sama, dengan tujuan supaya para pemain akan menjadi matang dan juga membina ikatan yang lebih erat sesama mereka. Matlamat utama JDT adalah untuk menyediakan para pelatih dengan semua keperluan yang diperlukan agar mereka mampu beraksi sebaik mungkin di peringkat tertinggi.

Pengaruh dari Borussia Dortmund dan Valencia juga telah diterapkan melalui kerjasama yang terjalin untuk memastikan JDT memiliki program pembangunan yang baik. Hasilnya sudah dapat dilihat. Pasukan Bawah-15 dan Bawah-18 muncul juara di Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2018 (MSSM). Pasukan Bawah-12 pula layak hingga ke suku akhir manakala pasukan bawah 13 bawah memenangi kejuaraan ‘2018 JSSL International Professional 7’s’ di Singapura.

[related_post themes="flat" id="114017"]