COME AND WITNESS JOHOR DARUL TA’ZIM FOOTBALL CLUB’S 2019 SEASON JERSEY LAUNCH

Let’s visit Dataran Bandaraya Johor Bahru today and witness the launching of the much awaited 2019 Home and Away new jerseys.

The 2019 jerseys have been specially designed for the Southern Tigers by the Nike headquarters in the United States of America. The jerseys will come in two variants, the Player Issue and Fans Issue. The Fans Issue is more affordable for the fans and is priced at RM185 compared to the Player Issue at RM549.

Various exciting activities have also been planned for the Southern Tigers fans during the jersey launch. Besides the sale of official JDT merchandises, there will also be artist performances, food trucks and more.

Don’t miss out to be among the first to witness and purchase the new 2019 Nike JDT jerseys. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

AYUH SAKSIKAN PELANCARAN JERSI BAHARU MUSIM 2019 KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Ayuh hadir beramai-ramai ke Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini untuk menyaksikan perasmian jersi baharu ‘Home’ and ‘Away‘ musim 2019 yang amat dinanti-nantikan.

Jersi 2019 ini telah direka khas untuk Harimau Selatan oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Jersi tersebut hadir dalam dua varian, ‘Player Issue’ dan ‘Fans Issue’. ‘Fans Issue’ lebih mampu milik untuk penyokong pada harga RM185 berbanding ‘Player Issue’ yang harganya RM549.

Pelbagai aktiviti menarik juga telah dirancang untuk para penyokong Harimau Selatan sewaktu pelancaran jersi. Di samping penjualan barangan rasmi JDT, terdapat juga persembahan artis, ‘Food Trucks’ dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menjadi yang pertama menyaksikan dan membeli jersi Nike JDT musim 2019 yang baru. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="115106"]