CONGRATULATIONS TO MALAYSIAN MEDIA AND INDIVIDUALS WHO PROTECT THOSE USING PEOPLE’S MONEY

 

All the positive things done by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, have been forgotten and not appreciated. His Royal Highness’ credibility was judged and debated based on the result of one match.

During Malaysian football’s darkest days when over 100 players were involved in corruption, no media mentioned The Sultan of Pahang. In the past 2-3 years when Malaysia lost 10-0, 6-0, nobody wrote about HRH Crown Prince of Pahang or Dollah Salleh. But today, after Malaysia lost a game to a stronger team, the media wrote HRH Crown Prince of Johor has failed. It is because His Royal Highness does not bribe the media and take care of politicians. Congratulations to Malaysian media.

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

 

TAHNIAH KEPADA MEDIA MALAYSIA DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG MELINDUNGI MEREKA YANG MENGHABISKAN DUIT RAKYAT.

Segala kebaikan dan perkara positif yang telah dilakukan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selama ini telah dilupakan dan tidak dihargai. Kredibiliti baginda dinilaikan dan dipertikaikan hanya dari satu perlawanan sahaja.

Ketika sejarah kegelapan bola sepak negara dimana lebih 100 pemain didapati terlibat dalam gejala rasuah, tiada pun media menyebut nama Sultan Pahang. Pada 2-3 tahun yang lepas ketika pasukan Malaysia kalah besar 10-0, 6-0 tiada sesiapa pun yang menulis nama DYTM Tengku Mahkota Pahang atau Dollah Salleh. Tetapi hari ini, selepas pasukan Malaysia tewas satu perlawanan dengan pasukan yang kuat, media telah menulis DYAM Tunku Mahkota Johor telah gagal. Ini kerana baginda tidak memberi suapan kepada media dan menjaga ahli-ahli politik. Tahniah kepada media-media Malaysia.

—-

[related_post themes="flat" id="99676"]