CONSISTENCY THE MAIN KEY TO JDT WINNING SIXTH SUPER LEAGUE TITLE

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) won the Malaysia Super League again by being the most consistent team in the league. JDT ended the season with 16 wins, five draws and one defeat.

According to statistics from the first 11 matches, JDT collected 27 points with eight wins and three draws. JDT scored 25 goals and conceded just 10 for a goal difference of +15. 

In the second half of the league, JDT maintained consistency by recording 26 points with eight wins, two draws and one defeat. 24 goals were scored and nine were conceded, making it a goal difference of +15. 

The team’s consistency played an important role again for JDT to win the league. JDT were consistent both at home and away and never lost when visiting opposition grounds. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KONSISTENSI KUNCI UTAMA JDT RAIH KEJUARAAN LIGA SUPER KEENAM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menjuarai Liga Super Malaysia dengan menjadi pasukan paling konsisten dalam liga. JDT menamatkan musim dengan 16 kemenangan, lima seri dan satu kalah. 

Mengikut statistik untuk 11 perlawanan pertama, JDT berjaya mengumpul 27 mata hasil dari lapan kemenangan dan tiga seri. JDT berjayamenjaringkan 25 gol dan bolos hanya 10 kali menjadikan perbezaan jaringan +15. 

Untuk separuh kedua liga pula, JDT mengekalkan konsistensi dengan mencatatkan 26 mata menerusi lapan kemenangan, dua seri dan satu kekalahan. 24 jaringan berjaya dihasilkan dan hanya bolos sembilan kali menjadikan +15 perbezaan jaringan. 

Konsistensi sekali lagi memainkan peranan penting buat JDT menjuarai liga. JDT kekal konsisten di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan apabila langsung tidak tewas ketika berkunjung ke laman lawan. Luaskan Kuasamu Johor.