DARREN LOK ONE-ON-ONE : SETBACKS, SOUTHERN TIGERS AND IGNORING SHEBBY

In Darren Lok’s interview with FourFourTwo, he talks about his difficulty in his first year in Malaysia due to passport and lengthy injury issues in early 2017. However, he remains positive and focused on his football career’s future. He also does not care about criticism from former national player Serbegeth Singh after the Suzuki Cup as he is confident in his ability.

Regarding Darren Lok’s position in the national team as a lone striker, he is happy to play wherever the coach puts him but it will be better if there is another striker playing alongside him. However, he is confident that he can be a lone striker.

The former Eastbourne Borough player was a part-time player in England, thus he did not reject the opportunity to play full-time football at JDT. He was delighted when he received an offer from JDT, which he described as an amazing club with great facilities and vision. He also adds that playing for JDT is his happiest time ever so far besides having the opportunity to play for the national team at international level.

Read more about the interview at https://www.fourfourtwo.com/…/darren-lok-one-one-setbacks-s…

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DARI PANDANGAN DARREN LOK – KEKECEWAAN, HARIMAU SELATAN DAN MENGABAIKAN KRITIKAN SHEBBY

Dalam temubual Darren Lok bersama pihak FourFourTwo, beliau memberitahu bahawa permulaan yang sukar buatnya pada tahun pertama di Malaysia apabila beberapa masalah urusan pasport dan masalah kecederaan yang berpanjangan pada awal tahun 2017. Namun beliau sentiasa positif dan terus fokus tentang masa depan karier bola sepaknya. Beliau juga tidak begitu memberi perhatian kepada kritikan yang diberikan oleh bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh selepas pertandingan Piala Suzuki malah beliau cukup yakin dengan kebolehan yang dimiliki.

Berkenaan posisi Darren Lok dalam skuad kebangsan yang diletakkan sebagai penyerang tunggal, beliau menzahirkan perasaan gembira walau dimana sahaja jurulatih mahu beliau bermain tetapi lebih baik jika terdapat seorang lagi penyerang yang boleh bermain bersama beliau. Walaubagaimanapun, beliau yakin yang beliau mampu menjadi penyerang tunggal.

Bekas pemain Eastbourne Borough ini adalah pemain secara sambilan ketika di England dan kemudian beliau tidak menolak tawaran keemasan dan peluang bermain bola sepak sepenuh masa di JDT. Beliau begitu teruja apabila menerima tawaran bersama JDT yang disifatkannya sebagai kelab yang sangat menakjubkan dengan fasiliti dan visi yang hebat. Tambah beliau lagi, bersama JDT adalah perkara yang paling menggembirakan beliau sepanjang berada di sini selain daripada berpeluang bermain untuk skuad kebangsaan diperingkat antarabangsa.

Ikuti temubual di https://www.fourfourtwo.com/…/darren-lok-one-one-setbacks-s…

[related_post themes="flat" id="103397"]