DO NOT LINK THE JOHOR ROYAL FAMILY TO ANY POLITICAL AGENDA

Representing the Johor Royal Family, the Johor Council of Royal Court strongly condemns the irresponsible individuals for linking His Royal Highness Crown Prince of Johor with a recent statement of political nature about the UMNO party and the upcoming General Election.

We have also lodged a police report and the Johor Royal Family has also requested cooperation from the Inspector-General of Police and the Special Branch to find and identify the source and culprits responsible for framing the Johor Royal Family and linking them to any political party. We also urge PDRM to take serious actions against those responsible.

The Johor Royal Family has no political association and is above politics. Therefore we strongly condemn the irresponsible action.

Dato’ Abdul Rahim Ramli, Johor Council of Royal Court

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

JANGAN KAITKAN KELUARGA DIRAJA JOHOR DENGAN SEBARANG AGENDA POLITIK

Jumaah Majlis DiRaja Johor mewakili Keluarga DiRaja Johor mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab ibaratkan macam duri dalam daging yang telah cuba mengaitkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dengan kenyataan yang berunsur politik baru-baru ini mengenai parti UMNO dan Pilihanraya Umum yang akan datang.

Kami juga telah membuat laporan polis dan Keluarga DiRaja Johor juga telah meminta kerjasama daripada Ketua Polis Negara dan pihak Cawangan Khas untuk mencari dan mengenal pasti punca serta dalang yang bertanggungjawab melaga-lagakan Keluarga DiRaja Johor dan mengaitkan dengan mana-mana parti politik. Kami juga menggesa agar PDRM memberikan hukuman yang tegas kepada pihak bertanggungjawab tersebut.

Keluarga DiRaja Johor tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik kerana institusi tersebut sendiri kedudukannya terletak lebih atas daripada politik. Dengan itu kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor

—-

[related_post themes="flat" id="101044"]