EMPAT PERKARA MENGENAI LATIHAN PRA-MUSIM KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan kembali menjalani latihan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam kecuali pemain-pemain yang terlibat mewakili pasukan kebangsaan bagi persaingan AFF Suzuki Cup 2018 yang sudah memasuki peringkat separuh akhir kedua.

Berikut adalah EMPAT perkara berkaitan persediaan latihan pra-musim JDT.

1. ‘MATCH FITNESS’

Penggunaan ‘Fitness Tracker’ dengan teknologi GPS (Global Positioning System), Catapult Sports amat penting bagi mengkoordinasi dan mengeluarkan data tepat mengenai graf denyutan jantung dan stamina seseorang pemain. Ia membolehkan barisan kejurulatihan menilai ‘Match Fitness’ setiap pemain dan membantu mereka membuat keputusan berkaitan taktikal.

2. MENGEMBALIKAN TAHAP KECERGASAN

Pra-musim adalah waktu yang ideal bagi pemain memulihkan kembali kecergasan setelah berehat panjang. Proses ini melibatkan pemulihan dari segi fisiologi dan psikologi pemain. Ia adalah perkara penting dalam menghindar berlakunya kemerosotan keupayaan prestasi yang mendadak.

Barisan kejurulatihan akan merangka program khusus untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti lantas memelihara tahap kecergasan fizikal dan mental setiap pemain untuk persediaan mengharungi musim baharu.

3. FASA ORIENTASI KELUARGA BAHARU

Setiap musim baharu, sudah pasti akan ada pemain datang dan pergi dari sesebuah pasukan. Oleh itu, barisan pemain juga akan turut mengalami perubahan. Latihan pra-musim adalah medium terbaik untuk setiap pemain lebih mengenali antara satu sama lain.

Menerapkan semangat kekeluargaan yang sinonim dengan panggilan Keluarga JDT adalah elemen utama dalam menterjemahkan semangat kerja berpasukan buat kelab ini demi melaksanakan misi, visi dan tanda aras musim baharu.

4. MERENCANAKAN BAYANGAN BARISAN KESEBELASAN UTAMA

Pra-musim yang efektif akan memberi bayangan potensi kesebelasan utama dalam pasukan.
Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur, pemain-pemain mendapat bayangan awal mengenai falsafah, taktikal dan strategi yang akan diterjemahkan.

Keputusan setiap perlawanan persahabatan pula tidak boleh dijadikan ukuran kerana ia lebih tertumpu kepada kefahaman taktikal dan memupuk keserasian juga toleransi antara pemain semasa perlawanan berlangsung.

Akhir kata, selamat datang diucapkan kepada pemain baharu dan selamat kembali kepada pemain yang masih kekal menyarung jersi Harimau Selatan. Semoga musim ini JDT akan menjadi lebih mantap dari musim-musim yang lepas.

Demi Merah Biru! Luaskan Kuasamu Johor!

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="114662"]