EMPAYAR HARIMAU SELATAN IMPIAN YANG DIREALISASIKAN

Impian adalah sebuah cita-cita yang memerlukan kesungguhan luar biasa untuk direalisasikan. Dengan impian, ia membuatkan manusia progresif untuk mencapai sesuatu tujuan.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah meletakkan impian demi impian dalam memastikan kelab kerdil ini mampu membina sebuah empayar.

Dalam perjalanan JDT dari sejak mula hingga sekarang, impian yang integral telah di abstrak dan diacu sendiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Dari sekecil impian ia bertambah menjadi besar, lalu berjaya menguatkan kelab kerdil ini menjadi sebuah kelab yang unggul dan mampu mendominasi.

Impian juga membawakan motivasi kepada kelab untuk melangkah lebih jauh, teratur dan tidak tersasar. Ianya mencetus langkah yang telah memanifestasikan harapan juga keyakinan kepada seluruh penyokong dan Bangsa Johor secara khususnya.

Impian DYAM Tunku Mahkota Johor yang menginginkan JDT sebagai pencetus inovasi dan pelakar sejarah, telah menjadi realiti secara visual.

Menjadi lumrah dan ketentuan, tidak semua impian menjadi kenyataan namun berhenti berharap dan menyerah kalah sebelum berjuang, adalah perkara yang tidak pernah wujud dalam jiwa setiap komponen dalam keluarga hebat ini.

Akhir kata, usah takut memasang impian. Impian ini harus terus wujud dan segar bercambah. Usah peduli hidup dalam radius kejian dan kebencian. Pandang ke hadapan dan terus menyokong perjuangan Harimau Selatan!

“Pertama mereka mengabaikan anda, kemudian mereka ketawakan anda. Selepas itu mereka mencabar anda dan kemudian anda menang. Apabila menang, mereka merungut dan mencari alasan” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Dua juta, ekspedisi ini baharu saja bermula. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="114020"]