FIGUEROA, A CHARITY CUP SCORER AND WINNING MANAGER-COACH

Johor Darul Ta’zim FC, (JDT) Luciano Figueroa has accomplished a rare feat of scoring in the Charity Cup triumph in one season (2018) to win the trophy and winning the trophy as manager and head coach the following year.

Figueroa scored the opening goal of the 2018 Charity Cup tie against Kedah, a match the Southern Tigers won 2-1 at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium. He was in the dugout as manager and coach when JDT defeated Perak 1-0 in the 2019 edition on February 2.

The former Argentinean international is considered an icon by the fans and is an examplary of a player for all JDT players for the commitment and determination shown during his time at JDT.

He first joined JDT as a player for the 2014 season, winning back-to-back Malaysia Super League title in 2014 and 2015, the 2015 Charity Cup and the historic 2015 AFC Cup. He retired ahead of the 2016 campaign but made a comeback as club ambassador in 2017, before deciding on a brief return as a player in 2018. He was made manager and head coach of JDT in August.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FIGUEROA, PENJARING PIALA SUMBANGSIH DAN PENGURUS-JURULATIH YANG MEMENANGINYA

Luciano Figueroa dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencipta satu kejayaan yang jarang berlaku iaitu menjaringkan gol dalam kemenangan Piala Sumbangsih pada satu musim (2018) dan kemudiannya memenangi trofi tersebut sebagai pengurus dan jurulatih pada tahun berikutnya.

Figueroa telah menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan Piala Sumbangsih 2018 menentang Kedah, perlawanan di mana Harimau Selatan menang 2-1 di Stadium Tan Sri Dato ‘Haji Hassan Yunos. Beliau menggalas tugas selaku pengurus dan jurulatih pasukan apabila JDT menewaskan Perak 1-0 pada edisi 2019, 2 Februari lalu.

Bekas pemain antarabangsa Argentina tersebut dianggap ikon oleh para penyokong dan merupakan contoh terbaik buat semua pemain JDT untuk komitmen dan tekad yang ditunjukkannya sepanjang bersama JDT.

Beliau mula menyertai JDT sebagai pemain luar negara untuk musim 2014, dan kemudian memenangi gelaran Liga Super Malaysia 2014 dan 2015, Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 yang bersejarah. Beliau bersara menjelang kempen 2016 tetapi membuat kemunculan sebagai duta kelab pada 2017, sebelum membuat keputusan untuk kembali sebagai pemain pada 2018. Beliau dilantik menjadi pengurus dan ketua jurulatih JDT pada bulan Ogos.

[related_post themes="flat" id="116085"]