FINAL DAY – KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017

The 20th edition of Kembara Mahkota Johor concluded today on September 12th 2017. The tour starting from Dataran Bandaraya Johor Bahru to Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai covered every district in Johor in four days. Throughout the journey, it could be clearly seen that the people regardless of race and age eagerly anticipated for the arrival of HM Sultan of Johor, HRH Crown Prince of Johor and other Johor Royal Family members.

The special opportunity to get up close and personal with the beloved Royal Family was a meaningful moment for the Johor people. It was also filled with various exciting activities and programmes. Kembara Mahkota Johor is the manifestation of a reign that always prioritises its people’s interests, highlighting how strong and close the royal institution is in the hearts of the people. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

HARI TERAKHIR – KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017

Kembara Mahkota Johor edisi ke-20 telah melabuhkan tirainya pada hari ini, 12hb September 2017. Jelajah yang bermula dari Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai ini telah merentasi setiap daerah di negeri Johor yang memakan masa empat hari perjalanan. Di sepanjang perjalanan juga, jelas dapat dilihat rakyat jelata tanpa mengira kaum dan usia cukup setia menanti ketibaan rombongan DYMM Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor dan ahli Keluarga Diraja Johor.

Peluang istimewa untuk mendampingi dan beramah mesra dengan Keluarga DiRaja yang disayangi ini merupakan detik yang cukup bermakna buat rakyat negeri Johor. Ianya turut diisi dengan pelbagai aktiviti dan program yang menarik. Kembara Mahkota Johor ini merupakan manifestasi sebuah pemerintahan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat; betapa kukuh dan dekatnya institusi raja di hati rakyat jelata. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="103368"]