FINANCIAL PROBLEMS THE MAIN ENEMY OF M-LEAGUE TEAMS

A Foxsports article this time explains about financial problems being the main problem for M-League teams to continue their challenges in the new season. It also mentions that not all teams can be like Johor Darul Ta’zim FC (JDT), with many of them not being independent enough in securing income sources and budgets to manage their teams.

Among the problems identified is most of the teams do not know how to use platforms they have to attract sponsorships from corporations, and unfortunately until today there are teams still relying on state governments funds. Making the matter worse is when there’s a shortage of funds, there are teams still spending beyond their means.

The article also suggests all the problematic teams to learn from teams in a stable financial position – a good example is JDT. Learn how to strengthen marketing and advertising techniques and how clubs can attract sponsorships from the corporate sector like JDT do. It is not wrong to copy what’s good for the future of a club and a team.

Read more at https://www.foxsports.com.my/malaysia/10769/masalah-kewangan-musuh-utama-pasukan-liga-m/

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

MASALAH KEWANGAN MUSUH UTAMA PASUKAN LIGA-M

Artikel Foxsports kali ini telah menerangkan bahawa masalah kewangan adalah masalah utama buat pasukan Liga Malaysia untuk meneruskan cabaran pada musim baharu. Ia turut mengatakan tidak semua pasukan boleh menjadi seperti Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) dimana kebanyakannya dilihat tidak pandai berdikari dalam mendapatkan sumber kewangan dan peruntukan dana bagi menguruskan pasukan.

Antara masalah yang telah dikenal pasti adalah kebanyakan pasukan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan platform yang mereka ada untuk menarik tajaan dari syarikat korporat dan malang sekali sehingga ke saat ini masih terdapat pasukan yang selesa bergantung harap kepada dana daripada kerajaan negeri. Lebih memburukkan keadaan apabila sudah kekurangan dana pasukan masih berbelanja di luar kemampuan tanpa mengukur baju di badan sendiri.

Artikel ini turut mencadangkan kepada pasukan-pasukan yang bermasalah ini untuk belajar dengan pasukan-pasukan yang stabil kedudukan kewangan mereka – sebagai contoh mudah iaitu JDT. Belajar bagaimana mahu perkasakan teknik pemasaran dan pengiklanan serta bagaimana kelab mampu menarik deretan penaja dari sektor korporat seperti apa yang telah JDT lakukan. Adalah tidak salah untuk meniru perkara yang baik demi masa hadapan kelab dan pasukan.

Layari artikel penuh di https://www.foxsports.com.my/malaysia/10769/masalah-kewangan-musuh-utama-pasukan-liga-m/

[related_post themes="flat" id="113263"]