FOREIGN PLAYER QUINTET FORMS STRONGER JDT SQUAD FOR 2019 SEASON

The 2019 season is edging closer with the M-League kicking off in less than a month and, as usual, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have strengthened their squad for the new season and their defence of the Malaysian Super League title.

JDT have recently completed their foreign player quota by signing three new players to complement their two current foreign stars. The long wait by fans to find out their identities is also over.

Former Lazio player Mauricio dos Santos Nascimento from Brazil is expected to lead the defence with his much-desired experience playing in the UEFA Champions League to help the Southern Tigers.

Besides him, JDT have also signed Spanish player Aaron Niguez from Oviedo. Set to play in attack, the brother of Spain forward Saul Niguez will be relied on to create exciting attacks for JDT.

To lead the attack, JDT have brought in Buriram United goal machine Diogo Luís Santo to the southern state. The lethal forward is expected to become one of the best foreign players to play for JDT if he can replicate his performance in Thailand.

The existing foreign players from last season are no strangers to the fans. Singapore and JDT captain Hariss Harun has once again been given the captain’s armband and his calmness on the pitch will surely be an inspiration for his team-mates.

A favourite among JDT fans, Gonzalo Cabrera has been retained for a third season. He will once again terrorise defenders with his pace and dribbling skills. Those are definitely attributes expected by coaches to help JDT forwards.

JDT are seemingly well-equipped in every position involving the foreign players. However, local players will continue to be JDT’s best bets and they will be the team’s core and help the foreign players as a unit to bring success to JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

GANDINGAN LIMA PEMAIN LUAR NEGARA BENTUK SKUAD JDT YANG LEBIH MANTAP UNTUK MUSIM 2019

Bahang musim 2019 semakin terasa dengan sepak mula Liga Malaysia hanya tinggal kurang satu bulan sahaja dan seperti kebiasaan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempersiapkan skuad terbaiknya bagi mengharungi musim baharu dan mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia.

JDT baru-baru ini telah melengkapkan kuota lima pemain luar negara dengan menandatangani tiga pemain baharu manakala dua pemain sedia ada dikekalkan. Penantian penyokong untuk mengetahui senarai nama pemain tersebut juga sudah terjawab.

Bekas pemain Lazio kelahiran Brazil, Mauricio Dos Santos Nascimento dijangka mengepalai benteng pertahanan dengan pengalaman beliau bermain di Liga Juara-Juara UEFA sangat ditagih untuk membantu Harimau Selatan.

Selain beliau, JDT turut mengikat pemain Sepanyol Aaron Niguez dari kelab Oviedo. Bakal bermain di barisan tengah serangan, abang kepada penyerang Sepanyol Saul Niguez diharap mampu merencana gerakan-gerakan menarik buat JDT.

Mengetuai barisan serangan, JDT berjaya membawa mesin gol Buriram United, Diogo Luís Santo ke selatan tanah air. Penyerang berbisa ini dijangka bakal menjadi antara pemain luar negara terbaik pernah bermain dengan JDT seandainya beliau berjaya meneruskan prestasi sepertimana di Thailand.

Dua lagi pemain luar negara yang dikekalkan dari musim lalu bukanlah asing buat penyokong JDT. Hariss Harun, kapten pasukan Singapura dan JDT sekali lagi akan diberi mandat menjadi ketua pasukan dan ketenangan beliau beraksi bakal menjadi inspirasi buat rakan sepasukan.

Pemain kebanggaan penyokong JDT, Gonzalo Cabrera turut dikekalkan buat musim ketiga. Beliau sekali lagi akan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian kencang dan kebolehan menggelecek. Perkara ini pasti ditagih oleh barisan kejurulatihan bagi membantu tugas penyerang JDT.

JDT kelihatan mantap di setiap posisi yang diisi oleh pemain luar negara ini. Namun, pemain tempatan tetap menjadi taruhan terbaik JDT dan mereka akan menjadi tunjang pasukan dan membantu pemain luar negara sebagai satu unit demi membawa kejayaan kepada JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114973"]