FUN-FILLED JDT WEEKEND

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) fans are days away from an entertaining weekend that will see the Southern Tigers play the first 2019 preseason friendly on Friday and launch the new specifically designed 2019 Nike JDT jerseys on Saturday.

Having started the second phase of preseason training on January 4, JDT welcome Singapore’s Home United at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium on 11 January 2019. Entry to the match is free.

The match is the first opportunity for fans to see JDT’s 2019 line-up in action and among the new signings that could feature are Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez, Diogo Luis Santo and Akhyar Rashid.

The next day, 12 January 2019, sees the unveiling of the eagerly awaited 2019 Home and Away Kits at Dataran Bandaraya Johor Bahru.

The 2019 jerseys have been specially designed for the Southern Tigers by the Nike headquarters in the United States of America. The jerseys will come in two variants, the Player Issue and Fans Issue. The Fans Issue is more affordable for the fans and is priced at RM185 compared to the Player Issue at RM549.

Various exciting activities have also been planned for the Southern Tigers fans during the jersey launch. Besides the sale of official JDT merchandises, there will also be artist performances, food trucks and more.

So JDT fans, start your weekend by attending the friendly against Home United in Larkin on Friday and then head to Dataran Bandaraya Johor Bahru on Saturday to be among the first to witness and purchase the new 2019 Nike JDT jerseys. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

HUJUNG MINGGU JDT YANG PENUH KESERONOKAN

Hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang hujung minggu yang menghiburkan buat penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dapat menyaksikan Harimau Selatan beraksi dalam perlawanan persahabatan pra-musim 2019 yang pertama pada hari Jumaat dan pelancaran jersi baharu JDT musim 2019 yang direka khas oleh Nike, pada hari Sabtu ini.

Setelah memulakan fasa kedua latihan pra-musim pada 4 Januari, JDT mengalu-alukan kehadiran Home United dari Singapura di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada 11 Januari 2019. Kemasukkan untuk perlawanan adalah percuma.

Ini merupakan peluang pertama penyokong bagi menyaksikan barisan pemain JDT musim 2019 beraksi dalam perlawanan dan antara pemain yang baru ditandatangani seperti Mauricio dos Santos Nascimento, Aaron Niguez, Diogo Luis Santo dan Akhyar Rashid dijangka bakal membuat kemunculan.

Keesokan harinya, 12 Januari 2019, penyokong berpeluang menyaksikan perasmian jersi baharu ‘Home’ and ‘Away‘ musim 2019 yang amat dinanti-nantikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Jersi 2019 ini telah direka khas untuk Harimau Selatan oleh ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Jersi tersebut hadir dalam dua varian, ‘Player Issue’ dan ‘Fans Issue’. ‘Fans Issue’ lebih mampu milik untuk penyokong pada harga RM185 berbanding ‘Player Issue’ yang harganya RM549.

Pelbagai aktiviti menarik juga telah dirancang untuk para penyokong Harimau Selatan sewaktu pelancaran jersi. Di samping penjualan barangan rasmi JDT, terdapat juga persembahan artis, ‘Food Trucks’ dan banyak lagi.

Kepada penyokong JDT, mulakan hujung minggu dengan kehadiran anda ke perlawanan persahabatan menentang Home United di Larkin pada hari Jumaat dan kemudian menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru pada hari Sabtu untuk menjadi yang pertama menyaksikan dan membeli jersi Nike JDT musim 2019 yang baru. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="115049"]