GETTING THE GRASSROOTS RIGHT AT JOHOR DARUL TA’ZIM

A football academy is an important aspect of developing the grassroots. Not only will it nurture quality talent in hope they make the big break, it is also to build great personalities and human beings.

Johor Darul Ta’zim (JDT) are arguably the only football club in the country with a proper set-up to be called a football academy similar to clubs around the world.

Acknowledging the need for development, HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ensured JDT struck foreign partnerships with German giants Borussia Dortmund and later Spanish club Valencia, all through the good connections of the Crown Prince of Johor himself. The academy took off on a full scale in 2015, initially with coaches from Dortmund.

Today, it is called the JDT-Valencia Academy with coaches from the Spanish club, and it is already starting to reap fruits. The Under-15 and Under-18 sides emerged winners at the 2018 Malaysian Schools Sports Council (MSSM) Football Tournament.

The JDT-Valencia Academy sees over 100 carefully selected youngsters undergo training on a full-time basis throughout the year. The academy caters for Under-12, U13, U14, U15, U17, and U19.

The trainees live together, eat together, study together and play football together. The trainees go to school in the morning and train in the evenings. They are also sent for English classes and extra tuition so studies are not left behind as they chase their dreams of becoming a professional footballer.

Diet is something spoken about too often in Malaysia and how footballers generally don’t watch what they eat, but things are different with the JDT-Valencia Academy. The players are educated about the importance of nutrition and there are dedicated chefs to ensure the trainees are eating right. All this in hope of producing footballers that are well aware that what they consume is important to their careers.

There are constant improvements being thought about by HRH Tunku Ismail and the rest of the JDT management to ensure the club’s academy continues to evolve and produce quality talent. 2018 was a successful year in terms of age-group competitions and it is only a matter of time when the academy churns out plenty of top quality footballers.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PEMBANGUNAN AKAR UMBI YANG TEPAT DI JOHOR DARUL TA’ZIM

Akademi bola sepak merupakan aspek penting dalam pembangunan akar umbi. Bukan sahaja ia akan memupuk bakat berkualiti dengan harapan mereka akan mencipta pencapaian yang hebat, ia juga untuk membina personaliti dan jatidiri yang hebat.

Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dikatakan satu-satunya kelab bola sepak di negara ini dengan persediaan yang betul akademi bola sepak yang serupa dengan kelab-kelab di seluruh dunia.

Mengakui keperluan untuk pembangunan, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor memastikan JDT menjalin perjanjian usahasama dengan gergasi Jerman, Borussia Dortmund dan kelab Sepanyol, Valencia, kesemuanya melalui hubungan baik baginda sendiri. Akademi ini bermula pada tahun 2015, pada mulanya dengan jurulatih dari Dortmund.

Hari ini, ia dipanggil Akademi JDT-Valencia dengan jurulatih dari kelab Sepanyol, dan ia sudah mula menunjukkan hasil. Pasukan Bawah-15 dan Bawah-18 muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2018 (MSSM).

Akademi JDT-Valencia telah disertai lebih daripada 100 bakat muda yang dipilih dengan teliti untuk menjalani latihan secara sepenuh masa sepanjang tahun. Mereka terbahagi kepada kategori Bawah-12, B13, B14, B15, B17, dan B19.

Para pelatih tinggal bersama, makan bersama, belajar bersama dan bermain bola sepak bersama-sama. Mereka pergi ke sekolah pada waktu pagi dan berlatih di waktu petang. Mereka juga dihantar ke kelas bahasa Inggeris dan tuisyen tambahan supaya pembelajaran mereka tidak ketinggalan dalam masa sama mereka mengejar impian mereka untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Diet merupakan sesuatu yang kerap diperkatakan di Malaysia dan bagaimana pemain bola sepak tidak memperdulikan apa yang mereka makan, tetapi perkara berbeza di Akademi JDT-Valencia. Para pemain terdidik tentang pentingnya penjagaan pemakanan dan terdapat chef yang cukup berdedikasi untuk memastikan pelatih makan dengan rutin yang sepatutnya. Semua ini dengan harapan dapat menghasilkan pemain bola sepak yang sedar bahawa apa yang mereka makan adalah penting untuk karier mereka.

Terdapat penambahbaikan berterusan yang sentiasa difikirkan oleh DYAM Tunku Ismail dan seluruh pengurusan JDT dalam memastikan akademi kelab terus berkembang dan menghasilkan bakat berkualiti. 2018 adalah tahun yang berjaya dengan kejayaan-kejayaan pertandingan mengikut peringkat umur dan hanya menanti masa untuk akademi menghasilkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti tinggi.

[related_post themes="flat" id="113286"]