GLOBAL BRANDING AND MARKETING BEHIND POPULARITY OF JOHOR DARUL TA’ZIM

The JOHOR Southern Tigers Facebook page has recently created a record of reaching 2 million Likes and it is not an ordinary achievement. It is a proof that global branding and marketing efforts can help a club achieve their dream – being known around the world.

In modern football, branding and marketing are among a club’s main pillars. To attract investors’ interest, a club must have their own appeal or branding. If they have their own appeal, it is not difficult to attract investors’ interest.

The JDT brand is strong enough until all sports related to Johor have benefited from JDT’s popularity. The Southern Tigers logo is a branding that can be used in all sports and not just in football. This aspect is what is being monitored by marketing experts before making any investment.

HRH Crown Prince of Johor himself is a popular brand. His Royal Highness has a clear vision and mission of the club’s development. His Royal Highness has also shared this matter with the people and they are confident with JDT’s founding goals.

Global sport marketing has also been used at JDT. HRH Crown Prince of Johor has indirectly promoted JDT by fostering partnerships with the best and most popular clubs in Europe. If His Royal Highness can attract the interest of these clubs to work together, it is a proof that they also have confidence in JDT’s vision and mission.

Famous players have also been approached by HRH Crown Prince of Johor in an effort to make JDT more popular. All of these have been done to ensure the JDT brand continues to be strong and competitive. It is easier for JDT to secure sponsorships compared to other teams in the country.

Modern football is a business. Due to that, an emphasis on global branding and marketing is a must to ensure the long-term sustainability of the club. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JENAMA DAN PEMASARAN GLOBAL ASAS POPULARITI JOHOR DARUL TA’ZIM

Laman Facebook JOHOR Southern Tigers baru-baru ini telah mencipta rekod mencapai angka 2 juta ‘Likes’ dan ia bukan satu pencapaian biasa. Ini adalah bukti bahawa jenama dan pemasaran global boleh membantu sesebuah kelab mencapai impian mereka – dikenali seantero dunia.

Dalam bola sepak moden, jenama dan pemasaran menjadi salah satu daripada cabang utama pasukan. Untuk menarik minat pelabur, sesuatu kelab itu harus mempunyai daya jual atau “branding” tersendiri. Jika ia mempunyai daya jual, maka tidak sukar untuk menarik minat para pelabur.

Jenama JDT ini cukup kuat sehinggakan semua sukan yang berkaitan negeri Johor akan menerima tempias populariti JDT. Logo Harimau Selatan itu sendiri membawa jenama yang boleh digunapakai untuk semua acara dan bukan hanya bola sepak. Aspek ini yang diperhatikan oleh pakar pemasaran sebelum membuat pelaburan.

DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri adalah satu jenama yang diyakini. Baginda mempunyai visi dan misi yang jelas tentang pembangunan kelab. Beliau juga berkongsi perkara ini dengan seluruh rakyat jelata dan mereka yakin akan matlamat penubuhan JDT.

Pemasaran sukan global juga digunapakai di JDT. DYAM Tunku Mahkota Johor secara tidak langsung memasarkan nama JDT dengan mengadakan kerjasama dengan kelab-kelab popular dan terbaik di Eropah. Jika baginda mampu menarik minat kelab-kelab ini bekerjasama, ini adalah bukti bahawa mereka juga yakin dengan visi dan misi JDT.

Pemain-pemain ternama juga sering didekati oleh DYAM Tunku Mahkota Johor atas usaha baginda mempopularkan JDT. Semua ini dilakukan demi memastikan jenama JDT terus kukuh dan berdaya saing. JDT lebih mudah menerima penajaan berbanding pasukan lain di dalam negara.

Bola sepak moden adalah perniagaan. Oleh kerana itulah kekuatan jenama dan pemasaran global perlu diketengahkan demi memastikan kelangsungan kelab untuk tempoh masa yang panjang. Luaskan Kuasamu Johor. 

[related_post themes="flat" id="114023"]