HARISS HARUN: TMJ’S WINNING MENTALITY CRUCIAL FOR JDT’S ACL JOURNEY

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) captain Hariss Harun was interviewed by popular sports website FOX Sports Asia, and the skipper gave an insight on the importance of HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim at the club and how the Crown Prince of Johor motivates the players.

“TMJ defines the club. He is a winner and that sets the tone for everybody involved because he doesn’t settle for second best and it rubs off on the players,” said Hariss, reported FOX Sports Asia.

“We know we have to give our best but what we also know is that when the going gets tough, he will rally around us.

“He believes in us sometimes even more than we believe in ourselves and the players are grateful for his unwavering support always. So this same attitude and mentality has to follow us through our ACL campaign if we are to cut it at that level.”

In the interview, Hariss also spoke of the winning mentality at JDT and his desire to put up a good fight in the 2019 AFC Champions League, a stage no other Malaysian team have competed in.

https://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/afc-champions-league/944781/hariss-harun-tmjs-winning-mentality-crucial-for-jdts-maiden-acl-journey/

HARISS HARUN: ‘WINNING MENTALITY’ YANG DITERAPKAN OLEH TMJ PENTING UNTUK PERJALANAN JDT DI PENTAS ACL

Kapten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Hariss Harun telah ditemuramah oleh laman web sukan popular FOX Sports Asia, dan beliau memberi pandangannya mengenai betapa pentingnya DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di dalam kelab dan bagaimana Tunku Mahkota Johor memberi motivasi kepada para pemain.

“TMJ menggariskan JDT. Baginda seorang juara dan menerapkan perkara yang sama kepada semua orang yang terlibat. Ini kerana baginda tidak mahu menjadi kedua terbaik dan ianya memberi kesan positif kepada pemain,” kata Hariss kepada FOX Sports Asia.

“Kami tahu kami perlu memberi yang terbaik tetapi apa yang kami juga tahu ialah apabila keadaan menjadi sukar, baginda akan menyuntik semangat kami.

“Baginda meletakkan kepercayaan kepada kami kadangkala lebih daripada apa yang kami percaya dengan diri sendiri dan para pemain amat bersyukur atas sokongan darinya yang tidak berbelah bahagi. Oleh itu, sikap dan mentaliti yang sama harus bersama kami melalui kempen ACL jika kami mahu berjaya di tahap tersebut.”

Dalam temu bual itu juga, Hariss bercakap tentang ‘winning mentality’ di JDT dan keinginannya untuk berjuang sehabis baik di Liga Juara-Juara AFC 2019, satu pentas di mana tidak ada pasukan Malaysia lain yang bertanding sebelum ini.

Layari https://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/afc-champions-league/944781/hariss-harun-tmjs-winning-mentality-crucial-for-jdts-maiden-acl-journey/

[related_post themes="flat" id="114330"]