HH TUNKU TUN AMINAH TO WED ON 14TH AUGUST 2017

HH Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim will wed at Istana Bukit Serene, Johor Bahru on 14 August 2017.

“Their Royal Highnesses Tuanku Sultan and Permaisuri Johor have both given their blessings for the wedding, ” said President of the Johor Royal Court Council, Datuk Abdul Rahim Ramli in an official announcement at Bukit Timbalan today (16th July).

He said the engagement will be held at 10 am at Istana Bukit Serene, followed by the solemnisation ceremony.

“The bersanding (ceremony to bless the couple) ceremony will be rich in traditional Malay and Johor Palace rites and practices,” said Datuk Rahim.

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

YAM TUNKU TUN AMINAH BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA 14HB OGOS 2017

YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017 ini.

“DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya,” kata Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini (16 Julai), beliau berkata istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene, diikuti dengan istiadat nikah.

Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Muhammad Tahril Bin Dato’ Shamsudin sebagai wali.

“Istiadat perkahwinan pasangan Pengantin DiRaja ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor,” kata Datuk Rahim.

[related_post themes="flat" id="101001"]