HISTORIC NIGHT FOR JDT IN THE AFC CHAMPIONS LEAGUE

The 12th of March 2019 became a historic date for Johor Darul Ta’zim FC (JDT) fans after the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin hosted an AFC Champions League match for the first time involving the Southern Tigers.

Facing Republic of Korea representatives Gyeongnam FC in front of their fans, JDT fielded their best line-up and secured a 1-1 draw as well as put together a strong performance that entertained fans throughout the match.

Thank you to all the Southern Tigers fans for filling the Larkin Stadium and giving your undivided support. The Larkin Roar and red and blue flags clearly motivated the players. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

MALAM BERSEJARAH BUAT JDT DALAM SAINGAN LIGA JUARA-JUARA AFC 

12 Mac 2019 menjadi detik bersejarah buat penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin julung kalinya menjadi medan berlangsungnya perlawanan Liga Juara-Juara AFC membabitkan skuad Harimau Selatan.

Menentang wakil Republik Korea, Gyeongnam FC di laman sendiri, JDT turun dengan barisan terbaik dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 malah corak permainan yang dipamerkan oleh skuad Harimau Selatan cukup menghiburkan para penyokong yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada para penyokong Harimau Selatan yang telah hadir beramai-ramai memenuhkan Stadium Larkin dan memberikan sorakan tidak berbelah bahagi anda. Sorakan Larkin serta kibaran bendera Merah Biru jelas membawa semangat tambahan buat para pemain. Luaskan Kuasamu Johor. 

[related_post themes="flat" id="117897"]