HOW TO STAY FIT DURING RAMADAN

The month of Ramadan is a holy month in the Islamic calendar and it is expected that 1.5 billion Muslims fast during this month. It includes famous athletes and some even take part in competitions while fasting.

Fasting is not an excuse for a Muslim not to do any sports activity. What’s important is to adjust the eating time, the eating habit and training to be suitable for Ramadan.

Here are four ways to stay fit during the month of Ramadan. 

1. Eat Right During Sahur

Those who want to stay fit during daytime must have sahur. Take food low in glycaemic index (GI). There are many types of rice low in GI. Consuming carbohydrates with high GI can cause glucose spike. This will cause hunger 2 or 3 hours after sahur. Drink between 300ml and 450ml of water during sahur. Avoid taking coffee or tea because high caffeine content can cause dehydration due to increased urination.

2. Perform Light Activities

To avoid having gastric, do not sleep after sahur even if you feel sleepy. Ensure a gap of between 30 and 40 minutes after sahur so that food can be digested properly. Do light activities such as cleaning the house or preparing to go to work.

3. Exercise In The Evening 

It is better to exercise in the evening because the lack of water inside the body can be replaced quickly during the breaking of fast. Avoid being exposed or exercising if the outside temperature is above 32°C. Rest assured, for those who are fasting, you can get energy from the glycogenolysis and gluconeogenesis processes. These are natural processes inside the body to ensure a normal sugar level. 

4. Eat Right After Fasting

Eat food high in glycaemic index (GI) but in a small amount. Eating too much food high in glycaemic index (GI) can cause blood sugar to spike. This sudden change can make your body uncomfortable, easy to get hungry and sleepy. Drink 4 or 5 glasses of water from the breaking of fast until bedtime.

This health information is provided by Dr Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PANDUAN KEKAL CERGAS SEPANJANG HARI DI BULAN RAMADAN

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dalam bulan Islam dan dianggarkan seramai 1.5 billion umat Islam di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadan. Ini termasuklah atlit-atlit ternama dunia yang berpuasa malah terlibat dalam pertandingan ketika melakukan ibadah ini.

Berpuasa bukanlah alasan bagi sesorang Muslim untuk tidak melakukan aktiviti sukan. Apa yang penting adalah untuk mengubahsuai waktu makan, jenis-jenis pemakanan dan latihan yang bersesuaian di bulan Ramadan.

Berikut adalah 4 panduan untuk kekal cergas di bulan Ramadan.

1. Sahur yang betul

Mereka yang ingin kekal cergas di waktu siang mestilah bersahur. Ambil makanan yang rendah ‘glycaemic index’ (GI). Terdapat jenis-jenis nasi yang rendah GI di pasaran. Pengambilan karbohidrat yang tinggi GI akan menyebabkan ‘glucose spike’ atau kenaikan gula dalam darah yang mendadak. Ini akan menyebabkan rasa lapar 2 atau 3 jam selepas sahur. Minum air 300ml hingga 450ml ketika sahur. Elakkan kopi atau teh yang pekat kerana kandungan kafein yang tinggi akan menyebabkan dehidrasi akibat kerap kencing.

2. Melakukan aktiviti ringan

Bagi mengelakkan dari penyakit gastrik, jangan terus tidur selepas sahur walaupun anda terlalu mengantuk. Jarakkan masa 30 hingga 40 minit selepas sahur supaya makanan dapat dihadam dengan baik. Lakukan aktiviti ringan seperti mengemas rumah atau bersiap sedia untuk ke tempat kerja.

3. Bersukan di waktu petang

Bersukan di waktu petang adalah lebih baik kerana kekurangan air di dalam badan akan digantikan dengan segera ketika berbuka puasa. Jangan terdedah atau bersukan ketika suhu persekitaran melebihi 32°C. Jangan bimbang, bagi mereka yang berpuasa, tenaga diperolehi melalui proses ‘glycogenolysis’ dan ‘gluconeogenesis’. Ia adalah proses semulajadi yang berlaku di dalam tubuh manusia untuk mengekalkan kandungan gula supaya berada di tahap yang normal. 

4. Berbuka puasa dengan betul

Ambil makanan yang mempunyai ‘glycaemic index’ (GI) yang tinggi tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pengambilan ‘glycaemic index’ (GI) yang tinggi dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan kenaikan gula yang mendadak. Perubahan yang begitu cepat ini akan menyebabkan rasa tidak selesa kepada keseluruhan badan, cepat merasa lapar dan mengantuk. Minum air sebanyak 4 hingga 5 gelas dari waktu berbuka hinggalah sebelum tidur. 

Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="119157"]