HRH CROWN PRINCE OF JOHOR’S CONCERNS IN HELPING THE NEEDY COULD NOT BE EXPRESSED WITH WORDS

The concern of HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, for the people in need and difficulty is sometimes out of public view.

According to a social media posting, an individual (username: Aidi @ aidiseparow) expressed his sincere gratitude and thanks to HRH Crown Prince of Johor for contributing to his son’s cochlear implant surgery that will be done on 25th July 2018. He also thanked other individuals and organisations who also contributed.

Clearly, His Royal Highness’ swift action in giving the personal donation shows His Royal Highness’ true self as a people-hearted royal who understands the difficulties faced by families of patients. His Royal Highness’ concern in helping those in need such as this is difficult to be described with words. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEPRIHATINAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DALAM MEMBANTU YANG MEMERLUKAN TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN MELALUI KATA-KATA

Keprihatinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam membantu insan yang dalam kesusahan dan amat memerlukan kadangkala di luar pengetahuan ramai.

Melalui paparan laman sosial yang dikongsikan, seorang individu (nama samaran: Aidi @ aidiseparow) telah menzahirkan ucapan syukur dan menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas sumbangan yang telah diberikan bagi menampung kos pembedahan koklea implan anaknya yang akan berlangsung pada 25hb Julai 2018. Beliau turut berterima kasih kepada para penderma dari kalangan individu-individu serta organisasi yang turut membantu.

Jelas, tindakan pantas baginda mengurniakan sumbangan peribadi tersebut mencerminkan sikap dan peribadi sebenar baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat memahami kesusahan yang ditanggung oleh keluarga pesakit. Keprihatinan baginda dalam membantu mereka yang memerlukan seperti ini amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="111095"]