HRH TUNKU ISMAIL BRIEFED ON FAM’S F30 INITIATIVE

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, received in audience Datuk Hamidin Mohd Amin, Football Association of Malaysia(FAM) president, at Thistle Hotel on 2 November 2018.

His Royal Highness, who is the Malaysian Football League (MFL) chairman and owner of Johor Darul Ta’zim FC (JDT), was briefed of FAM’s roadmap to 2030 labelled F30 and there were discussions on how the MFL and JDT could work hand in hand with FAM to ensure the success of the roadmap. Also present was MFL chief executive officer Kevin Ramalingam.

HRH Tunku Ismail also received the new Home and Away kit of the Malaysia national team. His Royal Highness wished FAM and Harimau Malaya all the best at the upcoming AFF Suzuki Cup.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, menerima mengadap Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di Hotel Thistle pada 2 November 2018.

Baginda yang merupakan pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), diberi penerangan mengenai Pelan Hala Tuju FAM ke arah tahun 2030 yang dinamakan F:30 dan turut terdapat perbincangan bagaimana MFL dan JDT dapat saling bekerjasama dengan FAM bagi memastikan kejayaan pelan hala tuju tersebut. Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

DYAM Tunku Ismail juga menerima kit baru ‘Home’ dan ‘Away’ pasukan kebangsaan Malaysia. Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada FAM dan Harimau Malaya untuk saingan Piala AFF Suzuki AFF yang akan datang.

[related_post themes="flat" id="114343"]