HRH TUNKU MAHKOTA ISMAIL, REGENT OF JOHOR OFFICIATES JDT HEADQUARTERS

HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor officiated the Johor Darul Ta’zim FC Headquarters adjacent to the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri today, 4 September 2019.

Also present were Johor Menteri Besar YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Johor State Secretary Dato’ Haji Azmi Rohani, Johor FA President Dato’ Haji Ismail Karim, and Football Association of Malaysia President Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

The four-storey JDT Headquarters, which is built on 2200 square meters of land, will house the offices of the JDT’s top management, Johor Football Association and Southern Tigers Sdn Bhd.

The ground floor includes a lobby for visitors, a mega-LED screen showcasing JDT’s finest moments and a seminar room while the club’s various departments will be located on the first and second floor.

HRH Tunku Mahkota Ismail’s office is located on the highest floor. All offices at JDT Headquarters have a spectacular view overlooking the magnificent soon-to-be completed Sultan Ibrahim Stadium. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA RASMIKAN IBU PEJABAT JDT

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja merasmikan Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri hari ini, 4 September 2019.

Turut hadir adalah Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Haji Azmi Rohani, Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Ibu Pejabat empat tingkat yang dibina di atas tanah seluas 2200 meter persegi itu bakal menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Southern Tigers Sdn Bhd.

Aras bawah menempatkan lobi utama untuk pelawat, skrin mega-LED yang bakal menyiarkan detik-detik istimewa JDT dan bilik seminar manakala pelbagai jabatan akan ditempatkan di tingkat satu dan dua.

Pejabat DYAM Tunku Mahkota Ismail terletak di tingkat paling atas. Kesemua pejabat di Ibu Pejabat JDT ini mempunyai pemandangan yang menarik iaitu menghadap Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap tidak lama lagi. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121312"]