HUGE CROWD ATTENDANCES A SOURCE OF STRENGTH AND INSPIRATION FOR JOHOR DARUL TA’ZIM PLAYERS

Huge crowd attendances at the stadium have helped Johor Darul Ta’zim FC (JDT) perform well in all competitions in 2018.

Players have definitely been giving better performances than usual and often gifting the fans with good results. So far the 3 highest crowd attendances at the Larkin Stadium have seen JDT repay the fan support with their best games.

According to the records, JDT won the Charity Cup by beating Kedah at the start of the 2018 season with a crowd attendance of 23,020 fans. JDT also displayed a great performance by winning 4-0 and securing the Super League title in a match against Kelantan that was attended by 22,120 fans. In the Malaysia Cup, JDT beat Pahang in style to qualify for the semi-finals in front of 18,850 fans.

Clearly the fan attendances have helped boost the players’ spirits. They will be more motivated, more inspired and play better to repay the faith shown by the 12th man. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEHADIRAN PENYOKONG YANG RAMAI SUMBER KEKUATAN DAN INSPIRASI PEMAIN JOHOR DARUL TA’ZIM

Kehadiran penyokong yang ramai ke stadium sememangnya membantu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi cemerlang dalam semua pertandingan yang disertai pada 2018.

Pemain juga pastinya memberikan persembahan yang lebih dari kebiasaan dan sering menghadiahkan penyokong dengan keputusan yang memberangsangkan. Setakat ini 3 rekod kehadiran tertinggi di Stadium Larkin menyaksikan JDT berjaya membalas kepercayaan peminat dengan permainan terbaik mereka.

Mengikut rekod, JDT berjaya merangkul Piala Sumbangsih menewaskan Kedah pada awal musim 2018 dengan kehadiran penonton sebanyak 23,020 orang. JDT juga memperaga aksi cemerlang menang 4-0 dan menjulang Liga Super pada pertemuan dengan Kelantan yang disaksikan 22,120 orang penonton. Untuk Piala Malaysia pula, JDT bergaya membenam Pahang untuk layak ke separuh akhir dihadapan 18,850 orang penonton.

Kini jelaslah, kehadiran penyokong sangat membantu dalam menaikkan semangat para pemain. Mereka akan lebih bersemangat, lebih terinspirasi dan akan bermain lebih baik untuk membalas kepercayaan pemain ke-12. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114014"]