“I am confident the team will improve.”- TMJ

For me the winner yesterday was Terengganu. The second penalty given to us perhaps wasn’t a penalty and the tackle from the back by Aidil on the Terengganu striker was a clear penalty.

I have not seen Terengganu play as good as that, not against PKNS and surely not against Pahang. JDT players need to be ready and need to understand that every single team will play easy among each other and when it comes to us, they are going to give 200% as if it is a final.

We must understand and accept that we are against everyone and everyone is against us, trying to stop our dominance. If JDT players are not psychologically ready to understand this fact, we will have a problem.

I am confident the team will improve.

We need to keep working hard and continue improving. Every year is the same. Every year we suffer at the start of the season but there is always a light at the end of the tunnel. This year is no different. We are going to suffer again, suffer more this year because I think the ‘blueprint’ is simple, take it easy when playing each other and giving their all when facing JDT. Not a problem. We just have to be ready and accept the challenge.

This is what you have to overcome for being a successful club. Every successful club in the world faces the same challenge and problem. 

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Bagi saya pemenang semalam adalah Terengganu. Sepakan penalti kedua yang diberikan kepada kami mungkin bukan penalti manakala terjahan dari belakang oleh Aidil ke atas penyerang Terengganu tersebut memang sepatutnya diberikan penalti.

Saya tidak pernah melihat Terengganu beraksi sebaik itu, tidak sewaktu menentang PKNS dan tentunya tidak sebegitu ketika menentang Pahang. Pemain JDT perlu bersedia dan perlu memahami bahawa setiap pasukan akan beraksi biasa-biasa sahaja antara satu sama lain tetapi sebaliknya ketika menentang kami, di mana mereka akan memberikan 200% seolah-olah ia adalah perlawanan akhir.

Kita mesti faham dan terima hakikat bahawa kita menentang semua orang dan semua orang menentang kita, untuk cuba menghentikan dominasi kita. Jika pemain JDT tidak bersedia dari segi psikologi untuk memahami fakta ini, kami akan menghadapi masalah.

Saya yakin pasukan akan ‘improve’.

Kami perlu terus bekerja keras dan sentiasa menambahbaik. Setiap tahun perkara yang sama berlaku. Setiap tahun kami menghadapi kesukaran pada awal musim tetapi sentiasa terdapat sinar cahaya di penghujung jalan. Tahun ini tidak berbeza. Kami akan terus bergelut dengan kesukaran, dan dijangka lebih banyak kesukaran lagi tahun ini kerana saya fikir ‘blueprint’ mereka mudah, iaitu bermain saja-saja apabila menentang sesama sendiri dan memberikan segalanya apabila menentang JDT. Tidak menjadi masalah. Kami hanya perlu bersedia dan menerima cabaran tersebut.

Ini adalah perkara yang perlu anda atasi apabila menjadi sebuah kelab yang berjaya. Setiap kelab yang berjaya di dunia juga menghadapi cabaran dan masalah yang sama. 

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor