I am happy with the match but I know we need to improve our playing quality further

The three points we won tonight are very important for us. Of course I am happy with the match but I know we need to improve our playing quality further. What I could see from the match was the players did not show a good performance. They often lost the ball, but I cannot deny that the match against Perak was not an easy one.

Perak are a good team and have strengths in midfield, are aggressive and have two very dangerous strikers. Our players had to work hard to win the match and now we have an eight-point lead over others, and that’s the most meaningful thing right now.

I am slightly unsatisfied with the players’ playing style in the first half but they played better in the second half because they managed to control the midfield area. I know as a whole it was not the greatest match but what’s important is we worked hard to win the match.

Perak, Pahang and Kedah are three strong teams in the Super League. We will face Pahang next and I know it will be a difficult match for us. Of course we want to give the best performance but if you face a strong team with great midfielders, it is difficult for us. It is not easy to control such a match.

Regarding Natxo Insa, he cannot play because he is undergoing a recovery process for an injury he picked up. At the moment we have several players who can play in his position and for now he is expected to be back in action in a week’s time.

As for Fernando, he just arrived at JDT yesterday. And he just had training with us for a day. He is a player with a good attitude, hardworking and likes to play with several good combinations. It is the type of mentality needed in a team. He has a few similarities with Jorge Pereyra Diaz as he likes to play and score goals.

For now all players need to undergo a recovery session. As you all know, we are now in the Ramadan month, so it is difficult for the players to have training sessions and play football. The players will have a day off and then return to training on Monday to prepare as much as possible before facing Pahang.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTUntukSemua
#JDTForAll

Tiga mata kemenangan pada perlawanan ini amat penting bagi kami. Sudah tentu saya amat gembira dengan keputusan perlawanan namun saya tahu kami perlu meningkatkan lagi mutu permainan. Apa yang saya lihat pada perlawanan ini adalah para pemain tidak mempamerkan aksi permainan bola sepak yang baik. Mereka sering kehilangan bola, namun saya tidak nafikan perlawanan bertemu pasukan Perak bukanlah satu perlawanan yang mudah.

Pasukan Perak merupakan pasukan yang hebat dan mempunyai kekuatan di bahagian tengah, agresif, serta mempunyai dua penyerang yang amat merbahaya. Para pemain kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan ini dan kini kami mempunyai kelebihan lapan mata mendahului pasukan lain, dan itu adalah yang paling bermakna buat masa ini.

Saya agak kurang berpuas hati dengan corak persembahan para pemain pada separuh masa pertama namun mereka bermain lebih baik ketika di separuh masa kedua kerana mereka berjaya menguasai bahagian tengah. Saya tahu secara keseluruhan ia bukanlah satu perlawanan yang terbaik namun apa yang penting kami telah berusaha memenangi perlawanan ini.

Perak, Pahang dan Kedah merupakan tiga pasukan kuat di dalam Liga Super. Kami bakal bertemu pasukan Pahang selepas ini dan saya sedar ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar bagi kami. Sudah tentu kami akan memberikan aksi perlawanan yang terbaik namun sekiranya anda bertemu satu pasukan yang kuat serta mempunyai pemain tengah yang hebat, ia adalah sukar bagi kami. Bukan perkara mudah untuk mengawal perlawanan.

Mengenai Natxo Insa, beliau tidak dapat diturunkan kerana sedang menjalani sesi pemulihan atas kecederaan yang beliau alami. Buat masa ini kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh bermain di posisi beliau dan pada masa ini, beliau dijangka akan kembali beraksi dalam satu minggu lagi.

Mengenai Fernando pula, beliau baru sahaja tiba di JDT semalam. Dan beliau baru menjalani sesi latihan selama sehari bersama kami. Beliau merupakan seorang pemain yang mempunyai sikap yang baik, rajin dan gemar bermain dengan beberapa kombinasi yang baik. Ia merupakan mentaliti yang diperlukan dalam pasukan. Beliau mempunyai sedikit persamaan dengan Jorge Pereyra Diaz, iaitu ‘like to play’ dan menjaringkan gol.

Buat masa ini para pemain perlu menjalani sesi pemulihan. Seperti semua sedia maklum iaitu apabila berada di bulan Ramadan, agak sedikit sukar bagi para pemain untuk menjalani sesi latihan dan bermain bola sepak. Para pemain akan direhatkan (diberi cuti) dan akan kembali menjalani sesi latihan pada hari Isnin sebagai persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu pasukan Pahang.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="110325"]