I AM HERE TO SERVE PEOPLE AND UNITY IS OUR STRENGTH

A lot of people have asked me, “Tunku what were you thinking when you decided to contest for the FAM presidency”. Some have even said, “FAM is a bad organisation, what are you doing?” My answer to that is, FAM is not a bad organisation, FAM is a good organisation, but is currently run by the wrong people. Let us not forget that FAM needs a leader who is born to serve the people. People with the will to continue to serve football for the people. FAM does not need people who are hungry for power and pretends to serve the people when in fact, they are only serving their own personal interests and benefits. This is a wonderful organisation and it’s sad that it is being completely destroyed by these irresponsible people.

I think it’s premature to speak about my intentions and visions. Nonetheless, all will be revealed very soon. There’s no point of telling people now and in the end I end up losing. I’m saying this because I know there are a lot of state affiliates who will be supporting Tan Sri Anuar Musa under the instructions from the Youth and Sports Minister. Well, I’m the guy who likes to take action because I believe actions speaks louder than words. I am the guy who will implement whatever it takes to improve the organisation. Like I’ve said before, I don’t like to talk too much. All I can is that you can’t cross the sea simply by standing and staring at the water, you have to swim. Let me tell you this; failure will never ever overtake us because our determination to succeed is very strong.

Unity is our strength. When there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved. JDT is a proven case but you have to understand that JDT is one club. FAM on the other hand, is big organisation and the way to improve is not for the National Team to go to the World Cup. What needs to be done first is to clean up our house and this involves the whole the structure of the organization.

FAM is run by the affiliates. Some of the affiliates loves football and some of them do not. For those who do not, they are there for reasons that I don’t know. The idea is for the affiliates to get up off their backsides and start working hard from within their own affiliates. Secondly, they should give football back to the people. Again, I will elaborate further on this matter but not now. There are a lot of people wanting to know what I’m thinking. I dont want to share it with the media, as I don’t want them to know what I’m thinking and what I’m about to do. But know this, what I will do will be something the football fans in Malaysia will never forget it. I do not need a long time to do it, but they will never forget it. Whatever I do, I do it for the people. Not for myself, it is common knowledge that football is not my bread and butter.

I’m doing it because the people insisted that I do it and fix things. Apart from this, my father wanted me to have a fair go and take this opportunity to make a change. This is the only reason why I’m doing it. I did not decide to do it because I wanted to, but rather, it’s the fear of what will happen should this football institution fall into the wrong hands. If that happens, we will all be back to square one. To change and revamp FAM, this is our chance. The chance is now. This is our chance to change it forever and bring it to the likes of Japan, Thailand and all other successful countries.

I won’t be able to accomplish it alone. This is not a one man show, and if I were to do it, it will be with the people. This is the time for us to improve and move forward together. Stay united as one and then implement the ideas and policies together with the common aim to further develop the football of our nation. Together, we will do it well so that one day our children and grandchildren will look at our accomplishments and will be proud of us for achieving success despite being handed spoils from an organization that has been in power for 30 years. Let us be remembered as the saviours of Malaysian football.

I’ll will be coming to KL next week to represent my father at the Rulers Conference. I would like to take this opportunity to invite all fans across the nation to come to see me and ask me anything they want. They can take this opportunity to voice out their current disappointments or rather anything they want and I will give them my point of view and solutions. I’m not afraid to face the fans, nor am I nervous because I know what I’m doing. I know what I’m about to do and I’m very confident that we will get results. However, I’m not interested to speak to members of the media as they may twist my words. I’m also not interested to speak to any affiliates who are not interested to listen as I’ve said before, some of them do not have the intention to improve football. I would only like to speak to people who really want to improve football and I believe those people are the fans. I’m prepared to be the voice of the fans, representing the fans to further develop and improve football. I am here to serve you and this is the chance for you to tell me what you want and I will do the best I can to get it done.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

 

SAYA BERADA DISINI UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN PERPADUAN ADALAH KEKUATAN KITA

Ramai orang bertanya kepada saya, “Tunku, apa yang menyebabkan Tunku membuat keputusan untuk bertanding menjadi Presiden FAM?” Malah ada sesetengah menyatakan, “FAM adalah sebuah organisasi yang tidak baik, apakah yang sedang Tunku lakukan?” Jawapan saya adalah, FAM bukan sebuah organisasi yang tidak baik. FAM adalah organisasi yang baik tetapi dikendalikan oleh orang yang salah. Semoga kita tidak pernah lupa bahawa FAM memerlukan pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka yang akan terus berkhidmat untuk bola sepak demi rakyat. FAM tidak memerlukan seseorang yang kelaparan untuk berkuasa dan berpura-pura berkhidmat kepada rakyat tetapi kenyataannya lebih kepada kepentingan dan keuntungan peribadi mereka sendiri. Ini adalah organisasi yang indah tetapi ia telah dimusnahkan sama sekali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya rasa belum masa sesuai untuk bercakap mengenai keinginan atau visi saya. Namun saya akan berkongsi dengan rakyat tidak lama lagi. Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan. Walaubagaimanapun, saya seorang yang suka mengambil tindakan kerana tindakan adalah lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata. Saya seorang yang akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan organisasi. Seperti yang saya katakan bahawa anda tidak boleh menyeberangi laut hanya dengan berdiri di tepian dan merenung air. Anda perlu merenanginya. Biar saya beritahu anda perkara ini, kegagalan tidak akan pernah mengatasi kita kerana keninginan kita untuk berjaya adalah sangat kuat.

Perpaduan adalah kekuatan kita. Apabila adanya kerja sepasukan dan kolaborasi, perkara yang menarik akan dapat dicapai. JDT adalah bukti yang jelas tetapi anda perlu memahami bahawa JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah organisasi besar dengan langkah untuk mempertingkatkannya bukanlah untuk skuad kebangsaan pergi ke Piala Dunia tetapi ia perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membersihkan rumah kita dan untuk memperbaiki struktur persatuan.

FAM dikendalikan oleh ahli-ahli gabungan. Sesetengah ahli gabungan mencintai bola sepak, sesetengah ahli gabungan pula tidak menyukai bola sepak. Kepada mereka yang tidak sukakan bola sepak, mereka berada di sana dengan alasan yang saya tidak tahu. Ideanya adalah agar ahli-ahli gabungan bangkit dan mula bekerja keras bermula dengan kelab mereka sendiri. Kedua, mereka perlu kembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat. Sekali lagi, saya akan kongsikannya dengan anda tidak lama lagi tetapi bukan sekarang. Ramai orang yang ingin tahu apa yang saya fikirkan ketika ini. Saya tidak mahu menyatakannya kepada media, saya tidak mahu beritahu mereka apa yang saya fikirkan dan apa yang akan saya lakukan. Tetapi ketahuilah, apa yang akan saya lakukan tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat bola sepak Malaysia di negara ini. Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukannya. Apa sahaja yang saya lakukan, saya melakukannya untuk rakyat. Ia bukan untuk diri saya, sebagaimana semua tahu bahawa bola sepak bukanlah periuk nasi saya.

Saya melakukannya kerana rakyat yang mahukan saya datang, dan memperbaiki beberapa perkara. Selain dari itu, Ayahanda saya juga mahu saya terima amanah dan mengambil kesempatan ini untuk membuat perubahan. Inilah satu-satunya sebab mengapa saya ingin melakukannya. Saya tidak membuat keputusan untuk melakukannya kerana saya mahu, tetapi kerana takut apa akan berlaku dalam bola sepak jika ia jatuh ke tangan orang yang salah. Jika itu berlaku, kita semua akan kembali semula seperti asal. Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita. Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya.

Saya tidak dapat menyelesaikanya sendirian. Ini bukan perancangan individu, dan jika saya ingin melakukannya, saya lakukannya bersama rakyat. Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju kehadapan bersama-sama. Kekal bersatu dan kemudian melaksanakan idea-idea dan dasar-dasar bersama dengan tujuan yang sama bagi memajukan bola sepak negara kita. Apabila bersatu, kita akan lakukannya dengan baik agar satu hari nanti cucu cicit kita akan melihat pencapaian kita dan akan berbangga dengan kita apabila mencapai kejayaan mengambil alih dari sebuah organisasi yang telah berkuasa sejak 30 tahun lalu. Biarlah kita sentiasa diingat sebagai penyelamat bola sepak Malaysia.

Saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk mewakili Ayahanda saya dalam Majlis Persidangan Undang-Undang. Saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput semua peminat bola sepak di seluruh negara datang berjumpa dengan saya dan bertanya apa sahaja yang anda mahukan kepada saya. Mereka berpeluang untuk menyuarakan kekecewaan mereka ketika ini, ataupun apa sahaja yang mereka mahukan dan saya akan memberikan pandangan saya dan jalan penyelesaiannya. Saya tidak takut untuk bertemu dengan penyokong, atau gemuruh kerana saya tahu apa yang saya lakukan. Saya tahu apa yang akan saya lakukan dan saya sangat yakin bahawa kita akan mendapat hasilnya. Walaubagaimanapun, saya tidak berminat untuk bercakap dengan media kerana mereka akan memutarbelitkan kata-kata saya. Saya tidak berminat untuk bercakap dengan ahli gabungan yang tidak berminat untuk mendengar seperti yang telah saya katakan sebelum ini kerana sesetengah daripada mereka tidak mempunyai keinginan untuk meningkatkan bola sepak. Saya hanya berminat mahu bercakap dengan orang-orang yang benar-benar mahu meningkatkan bola sepak dan saya percaya orang itu adalah penyokong. Dan saya di sini bertanggungjawab sebagai suara penyokong, mewakili penyokong tanah air untuk mengembangkan dan memajukan bola sepak. Saya berada disini untuk berkhidmat kepada rakyat dan ini adalah peluang untuk anda memberitahu saya apa yang anda mahukan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

RELATED