I AM NOT HAPPY WITH TONIGHT’S MATCH. WE HAD NO CHOICE BUT TO ROTATE THE PLAYERS.

I am certainly not happy with tonights match, but if you noticed, we have been playing with our substitute and reserves. We need to rotate our players. Why? Because our packed match schedule and our most important matches are in the league. If we won the league then we get to play in the AFC Champions League (ACL) and the FA Cup is equally important. If we played all our matches with our main squad, they will burnout and they would never recover.

In football, if the attacking is blunt then it would be hard to compete. The best way for us is to do a player rotation and this is what we are doing. We wanted to win and bring home 3 points or one, we do not want to come home empty handed. What could we do? Everything has been said and done. Now we will shift our focus on our match with PKNS and then againts Pahang in the FA Cup. These are two important matches.

For the time being we have no choice. This is the line up we have to field. We have to use the players that we have and rotate them, we hope that the new players signed in May could help us compete better because if we win the league and the FA Cup then we play the ACL.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SAYA TIDAK GEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN PERLAWANAN TETAPI KAMI TIADA PILIHAN DAN PERLU LAKUKAN PENGGILIRAN PEMAIN.

Sudah tentu saya tidak gembira dengan keputusan perlawanan malam ini. Tetapi semua harus faham, kami terpaksa melakukan penggiliran pemain. Mengapa? Ini adalah kerana jadual perlawanan kami terlalu padat dan pertandingan yang paling mustahak tahun ini adalah liga disebabkan ianya adalah untuk Liga Juara-Juara AFC (ACL). Piala FA juga penting untuk kami. Kami jika boleh, mahu bermain semua perlawanan dengan kesebelasan yang terkuat dalam setiap perlawanan, tetapi para pemain kami akan habis dan mereka tidak akan dapat pulih (rehat) secukupnya.

Dalam bola sepak jikalau ‘attacking’ (serangan) kami tumpul, memang susah untuk bersaing. Jadi, langkah terbaik adalah kami melakukan penggiliran pemain dan ini sememangnya merupakan perkara yang kami harus lakukan. Sudah tentunya kami mahu pulang dengan tiga mata atau satu mata dan kami tidak mahu membawa pulang dengan tangan kosong. Tetapi apa boleh buat? Perkara ini sudah berlaku. Kini kami hanya perlu fokus kepada perlawanan bertemu PKNS, dan kemudian perlawanan bertemu Pahang untuk Piala FA. Itu adalah dua perlawanan yang mustahak.

Buat masa ini kami tiada pilihan. Kami terpaksa guna barisan pemain yang kami ada untuk lakukan penggiliran pemain. Dan harapnya pada bulan Mei nanti apabila kami sudah ada pemain baharu, kami boleh bersaing hebat kerana pada masa ini, pasukan yang menang liga akan ke ACL, menang Piala FA akan ke Piala AFC dan juga kelayakan ACL.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="108481"]