ILLUSTRATION OF JOHOR DARUL TA’ZIM FC SQUAD FOR 2018 SEASON

Here’s the Johor Darul Ta’zim FC (JDT) squad for the 2018 season consisting of both experienced and young players. In the squad, there will also be a new Asian player and a naturalised player from Europe that will be announced soon.

JDT will face around 52 matches in all competitions next season and due to that, we need to have a big squad for player rotation. It is also to prepare for eventual departures of senior players in the future, so these players will replace the senior players.

In 2018, JDT II will continue to be a feeder club just like in La Liga in which we can use players from the second team. Players who do not get to play in the first team will always remain fit because they can also play for JDT II. We also have several JDT FC senior and young players who will be loaned out to teams in and outside the country.

At the same time, we have two foreign players at JDT II on standby to replace any of the first team’s foreign players if anything happen. One of them might be Gabriel Guerra. Luaskan Kuasamu Johor.

Martin Prest, Johor Darul Ta’zim FC Sports Director

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

GAMBARAN ILUSTRASI SKUAD UTAMA KELAB BOLASEPAK JDT BAGI MUSIM 2018

Ini adalah gambaran ilustrasi skuad Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2018 yang membariskan gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda. Di dalam skuad utama ini akan ada seorang pemain luar negara baru dari kuota Asia dan seorang lagi pemain naturalisasi daripada Eropah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

JDT bakal mengharungi lebih kurang 52 perlawanan untuk kesemua pertandingan pada musim hadapan dan disebabkan itu kami memerlukan skuad yang besar bagi melakukan penggiliran pemain. Ini juga bertujuan supaya apabila pemain senior tidak lagi bersama pasukan pada masa akan datang, pemain-pemain inilah yang akan menggalas tugas pemain senior.

Pada tahun 2018, JDT II akan terus menjadi ‘feeder club’ seperti di La Liga, Sepanyol di mana kami boleh menggunakan pemain dari pasukan kedua. Pemain yang tidak dapat bermain dalam skuad utama akan sentiasa mendapat kecergasan yang sama kerana mereka juga boleh bermain di JDT II. Kami turut mempunyai beberapa pemain senior dan pemain muda Kelab Bolasepak JDT yang akan dipinjamkan kepada pasukan lain di dalam dan di luar negara.

Dalam masa yang sama, kami juga mempunyai dua pemain luar negara yang diletakkan dalam pasukan JDT II sebagai pemain yang sentiasa bersedia jikalau ada sesuatu yang terjadi kepada pemain luar negara skuad utama JDT. Salah seorang darinya kemungkinan adalah Gabriel Guerra. Luaskan Kuasamu Johor.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="104901"]