I’M HAPPY WITH THE PLAYERS’ EFFORTS BUT I’M STILL NOT SATISFIED WITH THE OVERALL RESULT

The match against Tampines Rovers was a tough match. We had problems such as several players having injuries. Johor Darul Ta’zim (JDT) still worked hard to continue the match and made attempts on goal. Their goalkeeper always made long passes, which was good for us but we did not have many opportunities in the second half.

Regarding the match, we had some issues at the centre of defence and we tried to change it. Hariss was put in the position because I prefer him playing in that position. He has played in that position in a few matches and for me that is important because he played really well and was among JDT’s important players in the middle.

Our players tried to play short passes in the match and it was quite difficult on a synthetic pitch. But that’s football. Our pitch is different and I expect Tampines Rovers to have difficulty playing on our pitch considering they have always played on a synthetic pitch.

In any case, we only managed to bring home one point. So we have to win the next match at Larkin, which will be the same opponents, Tampines Rovers. We will try our best to win three points in the upcoming match against Tampines Rovers at Larkin.

There were several players rested due to rotation because we will have a very important game in Terengganu on Saturday and that was the clear difference in the game. They already went through a hectic schedule. That was the problem and we needed to rest them.

Regardless, I am very happy with the players’ efforts in the match but I am still not satisfied with the overall result.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

SAYA GEMBIRA DENGAN PERCUBAAN PARA PEMAIN NAMUN SAYA TETAP TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN KESELURUHAN

Perlawanan bertemu pasukan Tampines Rovers merupakan satu perlawanan yang sukar. Kami mempunyai banyak masalah seperti beberapa pemain mengalami kecederaan. Namun Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berusaha untuk bangkit bagi meneruskan perlawanan dan melakukan serangan. Penjaga gol mereka juga sering memberikan bola jauh dan ia baik untuk kami namun kami tidak mempunyai banyak peluang pada separuh masa kedua.

Mengenai perlawanan ini, kami mempunyai sedikit masalah di bahagian tengah pertahanan dan kami perlu mengubahnya. Hariss dimasukkan di bahagian tengah kerana saya lebih suka beliau bermain di posisi itu. Beliau telah berada di posisi tersebut untuk banyak perlawanan sebelum ini dan bagi saya ia amat penting kerana beliau bermain dengan sangat baik serta merupakan antara pemain penting JDT di bahagian tengah.

Para pemain kami telah cuba bermain dengan mengunakan taktikal hantaran pendek dalam perlawanan ini dan ia agak sedikit sukar di atas padang sintetik. Namun inilah bola sepak. Padang kami berbeza dan saya menjangkakan Tampines Rovers akan mengalami sedikit kesukaran untuk bermain di padang kami memandangkan mereka sentiasa bermain di atas padang sintetik.

Kami walaubagaimanapun hanya berjaya membawa pulang satu mata sahaja. Oleh itu kami perlu memenangi perlawanan berikutnya di Larkin ketika menentang lawan yang sama iaitu Tampines Rovers. Kami akan cuba sehabis baik untuk memenangi tiga mata penuh dalam perlawanan bertemu Tampines Rovers di Larkin nanti.

Terdapat beberapa pemain yang direhatkan bagi tujuan penggiliran kerana kami mempunyai perlawanan yang amat penting di Terengganu pada hari Sabtu dan itulah perbezaan yang dapat dilihat dalam perlawanan ini. Mereka juga telah mengharungi jadual perlawanan yang agak padat sebelum ini. Itulah masalahnya dan kami perlu merehatkan mereka.

Walau apa pun, saya berasa amat gembira dengan percubaan para pemain pada perlawanan ini namun saya tetap tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="107580"]