IMPORTANT DATES FOR JOHOR DARUL TA’ZIM FC THROUGHOUT JANUARY 2019

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) are welcoming year 2019 with various intensive preparations and a hectic schedule. Several preseason matches have been arranged and the launch of new JDT jerseys has also been scheduled to take place this January.

On 11 January, JDT will welcome the visit of Singaporean club Home United to the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium for their first friendly match of the season. On 12 January, the JDT jersey launch and carnival much awaited by local football fans will be held.

After that, JDT players will travel to Thailand for preseason matches against Ratchaburi Mitrphol FC on 17 January, Bangkok United on 20 January and PTT Rayong on 23 January.

JDT will then return to training in preparations for the Charity Cup match, kicking off the M-League 2019 campaign at the same time. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

TARIKH-TARIKH PENTING KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM SEPANJANG JANUARI 2019

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambut kehadiran tahun 2019 dengan pelbagai persiapan rapi serta jadual yang padat. Beberapa perlawanan pra-musim telah diatur dan pelancaran jersi baharu JDT juga dijadualkan berlangsung pada bulan Januari ini.

Bermula 11 Januari, JDT akan melayan kunjungan kelab Singapura, Home United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos untuk aksi persahabatan pertama tahun ini. Pada 12 Januari pula, karnival serta pelancaran jersi baharu JDT yang amat dinanti-nantikan oleh para penyokong bola sepak tempatan akan diadakan.

Selepas itu, para pemain JDT akan ke Thailand untuk menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim seterusnya menentang Ratchaburi Mitrpohl FC pada 17 Januari, Bangkok United pada 20 Januari dan PTT Rayong pada 23 Januari. Selesai perlawanan tersebut, JDT akan kembali berlatih untuk persediaan menghadapi perlawanan Piala Sumbangsih sekaligus memulakan kempen Liga Malaysia 2019. Luaskan Kuasamu Johor. 

 

[related_post themes="flat" id="115023"]