IMPORTANT FOR US TO WIN AND FAN SUPPORT AT HOME WILL INSPIRE AND MOTIVATE JDT PLAYERS

Our preparations this time have been going well. The most important thing is the players show a great attitude and give their full commitment.

We respect all teams, and we know Tampines Rovers are among the strong teams in Singapore. However, we still want to win and pick up three points from the match.

We are aware that it is a tough match, especially when we know the opponents will give 100% when playing against Johor Darul Ta’zim (JDT). I have already reminded the players to give not 100% but 120% because we want to win the match.

Luciano will not be playing due to his injury. I need to evaluate Marcos’ condition first before deciding to include him or not.

I am very satisfied with the local players because we played in Singapore recently, they gave a good performance to try winning the match. For me, all players at this club are important.

It is very important to win because we are playing at home and the support from JDT fans will be able to lift the players’ spirits and motivation.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Head Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PENTING UNTUK KAMI MENANG DAN SOKONGAN PENYOKONG DI HALAMAN SENDIRI PASTINYA MAMPU MENAMBAH SEMANGAT DAN MOTIVASI PEMAIN JDT

Persiapan kami pada masa ini berjalan dengan lancar. Apa yang paling penting adalah para pemain telah menunjukkan sikap yang hebat dan telah memberikan sepenuh komitmen.

Kami menghormati semua pasukan, dan kami tahu pasukan Tampines Rovers merupakan antara pasukan yang hebat di Singapura. Walaubagaimanapun kami tetap mahu mendapatkan kemenangan dan mengutip tiga mata pada perlawanan kali ini.

Kami sedar bahawa ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, lebih-lebih lagi kami tahu bahawa pasukan lawan juga akan memberikan seratus peratus apabila berjumpa dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). Saya sudah mengingatkan kepada para pemain agar jangan beri seratus peratus tetapi berikan 120 peratus kerana kami perlu memenangi perlawanan ini.

Luciano tidak akan diturunkan kerana masih mengalami kecederaan. Saya perlu melihat keadaan Marcos terlebih dahulu dan kemudian baru membuat keputusan sama ada beliau boleh diturunkan atau pun tidak.

Saya sangat berpuas hati dengan pemain tempatan kerana ketika kami bermain di Singapura baru-baru ini, mereka telah memberikan aksi permainan yang sangat baik untuk memenangi perlawanan itu. Bagi saya, semua pemain yang berada di dalam kelab adalah penting.

Adalah amat penting untuk menang kerana kami bermain di halaman sendiri dan sokongan para penyokong JDT mampu menaikkan semangat dan motivasi para pemain.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="107752"]