IN THE NEWS TODAY – TMJ’S NEW STADIUM ASPIRATION, PUBLIC FOOTBALL FIELDS FOR RENT AND JDT’S OPEN DOOR TO OTHER TEAMS

Local newspapers today reported Johor Darul Ta’zim FC (JDT) owner HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor’s aspiration in wanting the Sultan Ibrahim Stadium to be the best stadium in Southeast Asia. Also reported was the JDT Headquarters that would officiallys open on 4 September, while the stadium is expected to be completed early next year.

“It’s very positive for JDT and honestly, I very eager for the completion. My hope for the stadium is it will become the best in Southeast Asia. In addition, I want it to be known and recognised by the Asian Football Confederation (AFC) and FIFA,” His Royal Highness explained to reporters after a friendly match between JDT Staff and Team Media FC at the Tan Sri Hassan Yunos Stadium, Larkin, the other day.

At the same time, HRH Tunku Mahkota Ismail said the club has several plans to generate revenues for the club such as renting out football pitches. Elaborating on the transformation done to JDT, His Royal Highness also said the first thing done was maintaining a good pitch quality before proceeding to other steps.

His Royal Highness also shared about the early stages of preparing facilities and encouraged other clubs to do the same in stages based on their own capabilities.His Royal Highness also welcomed any team wanting to visit and observe how JDT operate, citing that clubs must together play a role for Malaysian football to benefit.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DALAM BERITA HARI INI – ASPIRASI STADIUM BAHARU TMJ, PADANG BOLA SEPAK AWAM UNTUK DISEWA DAN KETERBUKAAN JDT KEPADA PASUKAN-PASUKAN UNTUK MELAWAT

Akhbar tempatan hari ini melaporkan mengenai aspirasi pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang menyasarkan Stadium Sultan Ibrahim menjadi stadium terbaik di Asia Tenggara. Turut dilaporkan adalah Ibu Pejabat JDT bakal dirasmikan 4 September ini, manakala stadium berkenaan dijangka siap sepenuhnya awal tahun hadapan.

“Ia amat positif buat JDT dan sejujurnya saya tidak sabar dengan perkembangan ini. Harapan saya stadium ini jadi yang terbaik di Asia Tenggara. Selain itu saya mahu ia dikenali dan diiktiraf oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” jelas baginda ketika ditemui selepas aksi persahabatan antara JDT Staff dan Team Media FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin,
kelmarin.

Dalam masa sama, DYAM Tunku Mahkota Ismail berkata, pihaknya juga mempunyai beberapa perancangan untuk menjana pendapatan buat kelab seperti contohnya padang yang boleh disewa. Mengulas mengenai transformasi yang dilakukan kepada JDT, baginda turut berkata, perkara pertama dilakukannya adalah mengekalkan kualiti padang yang baik dan dari situ baharu boleh diteruskan dengan langkah berikutnya.

Baginda turut berkongsi cara bagaimana peringkat permulaan menyediakan fasiliti dan menggalakkan kelab lain agar melakukan perkara sama secara berperingkat mengikut kemampuan. Baginda turut mengalu-alukan mana-mana pasukan yang ingin bertandang dan melihat sendiri bagaimana JDT diuruskan, serta menyarankan bahawa semua kelab mesti bersama-sama memainkan peranan agar bola sepak Malaysia beroleh manfaat darinya.

[related_post themes="flat" id="121281"]