IN THE NEWSPAPERS TODAY

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) winger Safawi Rasid was tipped by local newspapers as among the frontrunners for Malaysia’s 2018 Most Valuable Player (MVP) award.

The 2018 Anugerah Bolasepak Kebangsaan (National Football Awards) takes place in Kuala Lumpur tonight. Other JDT players such as Farizal Marlias, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera and Hariss Harun have been nominated for other categories.

Safawi has been nominated for the Best Midfielder and Most Promising Youngster categories, thus putting him in contention for the prized MVP award. Still only 21 years old, Safawi scored 16 goals in all competitions in JDT colours and another scored seven for the Malaysia Under-23 side.

His latest goal was an acrobatic sepak takraw-esque shot for Harimau Malaya against Maldives on Saturday, taking his 2018 personal tally to 24 goals.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

DALAM SURAT KHABAR HARI INI

Pemain sayap Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid disebut dalam akhbar-akhbar tempatan sebagai antara calon-calon utama yang bakal dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai Malaysia (MVP) 2018.

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam ini. Pemain JDT lain seperti Farizal Marlias, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera dan Hariss Harun turut dicalonkan untuk kategori lain.

Safawi dicalonkan untuk kategori Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan, sekaligus meletakkan beliau dalam pertimbangan untuk dipilih menerima anugerah MVP. Masih berusia 21 tahun, Safawi menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan membabitkan perlawanan JDT dan juga menjaringkan tujuh gol untuk pasukan Malaysia Bawah-23 tahun.

Jaringan terakhirnya adalah jaringan akrobatik mirip sepak takraw untuk Harimau Malaya sewaktu menentang Maldives pada hari Sabtu lepas, menjadikan jumlah jaringan beliau untuk musim 2018 adalah sebanyak 24 gol.

[related_post themes="flat" id="114379"]