INI PIALA HARIMAU SELATAN YANG PUNYA!

Jam di tangan menunjukkan lapan setengah, setengah jam sebelum perlawanan pertama Piala Sumbangsih menjengah, saya ditanya oleh salah seorang sahabat, apakah pendapat dan juga firasat, adakah JDT mempunyai peluang mempertahankan piala ini dalam genggaman? dalam situasi kita bukan pilihan?

Dengan yakin saya menyatakan hipotetikal tanpa sangsi, Harimau Selatan akan sedaya upaya berjuang dalam kokurensi, supaya Jauhar dan piala ini tidak sekali abstraksi, ini kerana sorakan Larkin menjadi intimidasi, lawan yang bertandang pasti hilang konsentrasi.

Malam ini, Stadium Larkin umpama gunung berapi Tambora, letusannya membuat si seladang menerima pengalaman sengsara. Lihatlah bagaimana padatnya setiap sudut dan ruang, betapa dua puluh dua ribu satu ratus lima puluh menambah garangnya si belang, penambah kekuatan Harimau Selatan untuk bersaing, sehingga si pelawat menenguk berbotol-botol “krateng daeng”!.

Maka, tiada alasan untuk kita kalah, tiada sebab untuk ketika tunduk mengalah, semua yang ada sudah cukup menjadi trisula, sudah pasti kita tidak akan masgul berdukacita.

“Wisel ditiup, perlawanan dimulakan”

Bagai Bugatti Chiron setiap posisi laju menerjah, pantang patah ditengah, transmisi tujuh dipacu tanpa berlengah, JDT terus fokus untuk memandang kehadapan, indikator gol awal menjadi analitikal perancangan, benteng mereka perlu segera di gempur dan juga diruntuhkan, sebagai multivitamin nutrisi untuk seluruh pasukan.

Bertali arus serangan JDT begitu agresif, seperti akur si lawan mula menjadi pasif, akibat dari tekanan benteng kiri dan kanan, ditambah pula inkarserasi oleh sorakan bagai ngauman.

Bagai pencetus kebangkitan, pada minit keempat puluh satu masa perlawanan, hasil sumbangan Gonzalo Cabrerra berjaya menghadiahkan satu jaringan. Selepas itu JDT terus fokus memandang kehadapan, apabila Seladang hanya berserah kepada tuhan, apabila benteng mereka kucar kacir tidak keruan, tidak terdaya menghadapi serangan, hingga terasa lambat masa perlawanan di tamatkan.

Apabila tamat waktu sebenar sembilan puluh minit permainan, sumpah janji barisan jurulatih dan pemain telah berjaya dikotakan, Perak mutlak dapat Harimau Selatan tundukkan, arakian seluruh stadium gegak gempita berpesta meraikan kejayaan.

Akhir kalam, kepuasan! Kemenangan ini memang satu kepuasan! Piala pertama kini kekal dalam dakapan, sebagai petanda juga amaran, bahawa tahun ini JDT luar biasa dari kebiasaan, yang mampu membuat semua piala disusun rapi dalam gerobok simpanan!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="115796"]