Benjamin Mora has surely made the best preparation possible for the Southern Tigers despite an increasingly packed schedule but every game is very important for JDT. They will also be making a 538.9km trip to the Perak Stadium, Ipoh, but it won’t be an obstacle for JDT. To all fans, let’s give your support and words of encouragement to them. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
PERTEMBUNGAN DIJANGKA SENGIT DALAM PERLAWANAN LIGA SUPER ANTARA JDT MENENTANG PERAK
Perlawanan keempat Liga Super Malaysia buat Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Perak dalam kunjungan ke Stadium Perak, Ipoh dijangka sengit berdasarkan kiraan mata semasa kedua-dua pasukan. JDT yang kini berada di tangga ketujuh manakala Perak di tangga ketiga liga hanya berbeza dua mata. JDT yang masih belum tewas setakat ini pasti akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah pada hari Sabtu ini, 18hb Februari 2017.
Benjamin Mora sudah tentu telah mempersiapkan sebaik mungkin pasukan Harimau Selatan meskipun jadual perlawanan semakin padat namun setiap perlawanan amat penting buat JDT. Mereka juga bakal menempuh perjalanan berjarak 538.9km ke Stadium Perak,Ipoh namun itu bukanlah satu halangan buat JDT. Kepada para penyokong, berikan sokongan padu anda dan lontarkan kata-kata semangat buat mereka. Luaskan Kuasamu Johor.