INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AN INTERNATIONAL INVESTMENT DESTINATION SINCE THE 19TH CENTURY – PART FIVE

The world now knows about and recognises Johor at the international level. The transformation of Johor Darul Ta’zim FC (JDT) under the leadership of Johor Sultanate heir HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, in the football arena has also taken Johor’s name to the global stage.

The restructuring of the Johor football team as envisioned by HRH Crown Prince of Johor is not an ordinary transformation. It is aimed at putting Johor in the eyes of the world as done by His Royal Highness’ ancestors.

Challenges and struggles faced in transforming every element of JDT FC have not taken the club long to produce results. And more uniquely, it has been consistent. Besides great success on and off the pitch, the constant infrastructure and facilities improvements, professionalism and prestige have attracted international attention for collaborations.

Comprehensive grassroots development programmes have been in place. His Royal Highness has met with the management of renowned clubs such as Borussia Dortmund, Valencia, Barcelona, Paris St. Germain, Japan League and many more to develop a partnership network. 

A great honour of speaking at the World Football Summit, close ties with the management and players of famous clubs and many more factors have further garnered international attention on the small club from Johor and also opened up investment opportunities especially for JDT. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR DESTINASI PELABURAN ANTARABANGSA SEJAK KURUN KE-19 – BAHAGIAN LIMA

Dunia telah mengenali dan mengiktiraf negeri Johor di peringkat antarabangsa. Penjenamaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipimpin pewaris takhta Kesultanan Johor Moden iaitu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam arena sukan bola sepak turut menaikkan nama Johor ke peringkat global. 

Penstrukturan semula pasukan bola sepak Johor yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bukan satu transformasi biasa. Ia bertujuan meletakkan nama negeri Johor kembali terkenal di seluruh dunia sepertimana yang dilakukan oleh Almarhum moyang baginda.

Cabaran dan keperitan mentransformasikan setiap elemen di dalam kelab JDT tidak mengambil masa yang lama untuk memperlihatkan hasilnya. Dan lebih unik ianya konsisten. Selain kejayaan besar di dalam dan luar padang, peningkatan infrastruktur serta fasiliti, profesionalisma dan prestij membuka minat antarabangsa untuk bekerjasama. 

Program pembangunan akar umbi yang komprehensif turut dibangunkan. Baginda telah bertemu pengurusan-pengurusan kelab ternama seperti Borussia Dortmund, Valencia, Barcelona, Paris St. Germain, Japan League dan banyak lagi untuk memulakan rangkaian usahasama. 

Penghormatan berucap di World Football Summit, perhubungan rapat bersama pengurusan dan pemain ternama dunia serta pelbagai faktor lain telah melebarkan lagi perhatian antarabangsa terhadap kelab kerdil dari Johor ini serta ianya menyaksikan banyak peluang pelaburan terbuka khususnya kepada JDT. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="120707"]