INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AN INTERNATIONAL INVESTMENT DESTINATION SINCE THE 19TH CENTURY – PART FOUR

All efforts made by the Johor Sultanate since the 18th century have been to ensure Johor’s economy gets big returns for the sake of the state and people. HM Sultan Ibrahim, just like His Majesty’s father and ancestors, is very particular in ensuring Johor’s development can be enjoyed by the people. 

To maintain the Johor Sultanate’s foundation, His Majesty has often planned various visits and led expeditions with Johor state officials overseas to discuss bilateral relations and investments that can benefit both sides especially for the people and state of Johor in the long run.

HM Tuanku went to Bahrain after receiving an invitation from King Hamad bin Isa bin Salman Khalifa, King of Bahrain, in November 2017. The official visit was made to strengthen the bilateral relations between Johor and Bahrain and discuss joint efforts in investments. 

In the previous year, His Majesty led state officials to Perth, Australia to learn about effective administrative management methods of local government agencies over there. In 2016, His Majesty was in Vancouver after receiving a special invitation from the British Columbia government.

The main objective of the visit was to strengthen the bilateral relations. During the visit, both Johor and British Columbia governments also discussed investment packages in Johor, technology exchanges and joint efforts in engineering and aerospace fields. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR DESTINASI PELABURAN ANTARABANGSA SEJAK KURUN KE-19 – BAHAGIAN EMPAT

Segala usaha yang telah dilakukan oleh Kesultanan Johor sejak kurun ke-18 adalah bagi memastikan ekonomi negeri Johor mendapat pulangan besar kepada negeri dan rakyat. DYMM Sultan Ibrahim sepertimana ayahanda dan nenda baginda, amat cenderung memastikan pembangunan negeri Johor dapat dinikmati oleh rakyat. 

Bagi meneruskan wawasan Kesultanan Johor itu, baginda Tuanku sendiri merancang pelbagai lawatan kerja peribadi dan turut mengetuai lawatan bersama pegawai Kerajaan Johor ke luar negara bagi membincangkan hubungan dua hala dan pelaburan yang menguntungkan kedua pihak terutama buat rakyat dan negeri Johor untuk jangka masa panjang.

DYMM Tuanku berkenan berangkat ke Bahrain setelah menerima undangan dari Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa bin Salman Khalifa pada November 2017. Lawatan rasmi ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara negeri Johor dan Bahrain serta membincangkan usahasama pelaburan bersama. 

Tahun sebelum itu pula, baginda berkenan membawa pegawai-pegawai kerajaan ke Perth, Australia bagi mempelajari selok belok keberkesanaan cara pengurusan pentadbiran agensi-agensi kerajaan setempat di sana. Pada tahun 2016 pula, baginda berangkat ke Vancouver setelah berkenan menerima jemputan khas dari kerajaan British Columbia. 

Sasaran utama lawatan tersebut adalah untuk mengukuh hubungan dua hala kerajaan. Dalam lawatan itu juga kedua kerajaan Johor dan British Columbia membincangkan tentang pakej pelaburan di Johor, pertukaran teknologi dan usahasama dalam bidang kejuruteraan dan Aeroangkasa. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="120599"]