INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AND INTERNATIONAL WATERSPORTS – PART THREE

After looking at the history of watersports in Johor and its potential, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana of Johor, decided to take watersports to a higher level. His Highness became the backbone of the Monsoon Cup yacht race that was participated by teams around the world.

Not wanting watersports to be seen as a sport for elites only, the Malaysian Sailing League and a Belia Belayar programme launched in 2013 by His Highness gave opportunities to thousands of youths who could not afford to learn about sailing and allowed them to gain experience in sailing.

His Highness, who also participated in several sailing competitions in other countries such as Sweden, wanted His Highness’ effort to become a catalyst for the development of the sailing world for locals. For His Highness’ contributions to the watersports development, His Highness received the International Sailing Federation (ISAF) President Development Award in 2014. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR DAN SUKAN AIR ANTARABANGSA – BAHAGIAN TIGA

Melihat kepada sejarah sukan air di Johor dan potensi yang terdapat dalam sukan tersebut, putera DYMM Sultan Johor iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor membawa sukan air ke peringkat yang lebih tinggi. Baginda menjadi tulang belakang kepada penganjuran kejuaraan kapal layar dunia Monsoon Cup yang mendapat sambutan penyertaan dari pasukan serata dunia.

Tidak mahu sukan air sebegini dilihat sebagai sukan golongan elit, program Liga Layar Malaysia dan program Belia Belayar pada 2013 yang diperkenalkan oleh baginda telah memberi peluang kepada beribu-ribu belia yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu pelayaran dan memperoleh pengalaman dalam sukan kapal layar.

Baginda yang pernah menyertai pelbagai perlumbaan perlayaran di beberapa buah negara termasuk Sweden mahu usahanya itu menjadi satu pencetus kepada perkembangan dunia sukan pelayaran kepada anak tempatan. Atas sumbangan baginda terhadap pembangunan sukan kapal layar, baginda menerima Anugerah Pembangunan Presiden daripada Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) pada tahun 2014. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="114349"]