INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR AND THE COUNCIL OF RULERS – PART ONE

The formation of the Council of Rulers strengthened ties among Malay rulers which has existed for hundreds of years. Founded in 1896, it became the Malay rulers’ official platform to convene to discuss the country’s stability and the people’s interests.

Johor joined the Council of Rulers after the inclusion of Unfederated Malay States following the formation of the Federation of Malaya in 1948. The first Council of Rulers meeting was held on 18 February 1948 in the State Legislative Assembly of Kuala Lumpur. 

As a gesture of goodwill to Johor, HM Sultan Sir Ibrahim was recommended by all Malay rulers to officiate the first meeting in 1948, which was before the independence of Malaya.

His Majesty was also given the highest honour of being appointed as the first chairman and inspecting the guard of honour formed by 106 officials and soldiers from the Second Battalion of the Armed Forces.

The first Council of Rulers meeting after achieving Independence was held on 30 October 1957 and chaired by Raja of Perlis HM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

The meeting agreed by consensus to appoint and honour HM Sultan of Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar as the first Yang DiPertuan Agong, but His Majesty respectfully declined the appointment due to concerns over His Majesty’s health that might affect His Majesty’s ability in carrying out the role effectively. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JOHOR DAN MAJLIS RAJA-RAJA – BAHAGIAN SATU

Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu menterjemahkan lagi pemuafakatan antara Raja-Raja Melayu yang telah wujud sejak ratusan tahun. Ditubuhkan pada 1896, ia menjadi platfom rasmi Raja-Raja Melayu bermesyuarat demi kestabilan negara dan kepentingan rakyat. 

Johor menyertai Majlis Raja-Raja ini apabila kemasukan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu setelah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutan Kuala Lumpur. 

Sebagai penghormatan kepada Johor, DYMM Sultan Sir Ibrahim diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu untuk merasmikan mesyuarat julung kalinya pada tahun 1948 iaitu sebelum Kemerdekaan Tanah Melayu lagi. 

Baginda juga diberi penghormatan tinggi apabila dilantik sebagai pengerusi pertama dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 106 orang pegawai dan anggota askar Melayu DiRaja dari Batalion kedua. 

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas Kemerdekaan telah diadakan pada 30 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh Raja Perlis, DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. 

Majlis sebulat suara bersetuju untuk melantik dan memuliakan DYMM Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar sebagai Yang DiPertuan Agong pertama, namun baginda secara hemah dan sahsiah yang tinggi menolak perlantikan tersebut kerana khuatir akan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan mungkin menjejaskan keberkesanan baginda dalam menjalankan tugas dengan baik. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="118292"]