INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE’S CLOSE TIES WITH MALAY RULERS – PART ONE

The institution of Malay rulers in Malaysia has long existed for hundreds of years throughout the reign of Malay governments. The influx of foreign influence such as Portugal, Netherlands and British during the Malay Sultanate reign has not changed the Sultanate’s traditional structure until today.

The Modern Johor Sultanate managed to maintain its independence and prevent tricks from the British who wanted to control its administrative policies and influence all policy executions. The British had to acknowledge the capability of the Modern Johor Sultanate to reign independently and couldn’t act more than as a general advisor to the Sultan of Johor.

The formation of the Conference of Malay Rulers further emphasised on the relationship between the rulers for hundreds of years. Formed in 1896, it became an official platform for the Malay rulers to convene for stability and the people’s benefits.

The conference underwent changes in 1948. Sultan Sir Ibrahim as the Sultan of Johor at that time became the first Malay ruler to be given the honour of chairing the Conference of Rulers meeting held in Kuala Lumpur that year.

Besides the meeting, the Malay rulers have also exchanged letters until today. In fact, since the early days of Sultan Sir Abu Bakar’s reign, all Johor Sultans have exchanged letters with other Malay rulers including from around the region such as Riau, Lingga, Brunei and more.

The close ties between the Johor ruler and other rulers demonstrate the wisdom and civility as a ruler, besides having strong blood relations and family bonds. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | HUBUNGAN ERAT KESULTANAN JOHOR DAN RAJA-RAJA MELAYU – BAHAGIAN SATU

Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia sudah wujud sekian ratusan tahun lamanya dalam pemerintahan kerajaan Melayu. Penaklukan kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris dalam pemerintahan Kesultanan Melayu tidak mengubah struktur tradisi Kesultanan sehingga kini.

Kesultanan Johor Moden berjaya mengekalkan kemerdekaan dalam pemerintahan serta mengekang muslihat British yang mahu mengawal polisi pentadbiran dan campur tangan perlaksanaannya. British terpaksa akur kemampuan Kesultanan Johor Moden memerintah sepenuhnya dan hanya bertindak tidak lebih sebagai Penasihat Am kepada Sultan Johor.

Penubuhan Majlis Raja Raja Melayu menterjemahkan lagi permuafakatan antara Raja-Raja yang telah wujud sejak ratusan tahun. Ditubuhkan pada 1896, ia menjadi medan rasmi Raja-Raja Melayu bermesyuarat demi kestabilan dan kepentingan rakyat.

Penubuhannya diperkemas semula pada tahun 1948. Sultan Sir Ibrahim yang merupakan Sultan Johor pada ketika adalah Raja Melayu pertama diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.

Selain mesyuarat tersebut, Raja-Raja Melayu berutus surat antara satu sama lain hingga ke hari ini. Malah sejak awal pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar lagi, Sultan Johor sering berbalas utusan surat dengan Raja Melayu yang lain termasuk dari negeri Nusantara seperti Riau, Lingga, Brunei dan lain-lain.

Keakraban di antara Raja Johor dan Raja-Raja lain menunjukkan sifat kewibawaan sebagai pemerintah dan peradaban baginda yang tinggi sebagai pemerintah selain mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan yang erat. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="115843"]